Isteri manja sangat, suami sanggup naik e-hailing datang tempat kerja… Tolong pandu kereta bawa pulang, boleh pegang tangan

HATI wanita mana tidak cair jika si jejaka berusaha melakukan sesuatu perkara bagi menawan hatinya.

Pastinya si wanita akan merasakan dia cukup bertuah apabila memiliki seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaannya.

Berkongsi kisah romantis kepada mStar, Nur Amanina Uzma Azizan, 24, berkata dia terharu apabila si suami, Muhammad Ezzat Ezman Mohd Hairis, 24, sanggup bersusah payah demi menunaikan permintaannya.

Senang disapa Nina, wanita ini tidak menyangka permintaan supaya suami datang ke tempat kerjanya dengan menaiki perkhidmatan e-hailing dan memandu pulang keretanya cukup membuatkan dia terharu.

“Selalunya suami akan hantar saya ke tempat kerja sebab dia work from home (WFH). Tapi sejak jadual kerja bertukar dia kena masuk pejabat dua kali seminggu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya pula bergilir seminggu dekat pejabat, seminggu lagi kena dekat rumah. Masa hari kejadian pada 19 Mei tu saya kena kerja sampai lewat malam. Kebetulan pula tu first time saya ke pejabat sendiri jadi saya tak yakin nak nak ke parkir seorang diri.

Nina sudah berkahwin selama dua bulan dengan pasangannya, Firdaus.

“Jadi saya ambil keputusan minta suami datang naik e-hailing supaya dia boleh teman dan pandu pulang kereta saya. Lepas beritahu dia suruh datang terus saja dia setuju. Suami memang jarang m4rah dah selalu manjakan saya,” jelas Nina.

Hingga kini momen romantis kedua-dua mereka pulang ke rumah sambil berpegangan tangan di dalam kereta meraih lebih 225,000 tontonan di TikTok.

Untuk rekod pasangan ini baru sahaja diijabkabulkan dua bulan lalu pada 12 Mac 2022.

Cerita Nina yang bekerja sebagai Penganalisis Perakaunan di Bandar Sunway, Selangor, ini bukan pertama kali suaminya melayan kerenahnya yang suka bermanja.

Wanita ini turut akui walaupun sudah berumah tangga, perasaan terhadap pasangan tetap sama seperti semasa mereka bercinta di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muadzam Shah, Pahang, sejak 2016 lalu.

“Suami saya memang jenis tak pernah mengeluh dengan segala permintaan saya. Sebut saja nak apa-apa semua dia cuba tunaikan. Saya anggap ni sebagai rezeki dapat suami yang sweet sejak zaman bercinta sampai sekarang.

Tangkap layar perbualan Nina dan suami.

“Saya berkenalan dengan suami dua bulan saja sebelum kami putuskan untuk bercinta. Walaupun dah enam tahun bercinta sebelum kahwin pun, perasaan kami tetap sama macam pertama kali kenal. Apabila balik kerja mesti teruja nak cerita semua perkara yang jadi.

“Saya suka bagi bekal untuk makan bersama-sama dekat suami masa kami sama-sama belajar dulu. Kalau masakan saya tawar, terlebih masin atau pedas pun dia tak pernah merungut. Lepas kahwin lagi senang setiap masa boleh makan bersama tak payah bagi bekal,” seloroh Nina.

Ujar Nina, dia bagaimana pun belum bersedia menimang cahaya mata kerana masih mahu menikmati momen manis bersama suaminya.

Nina sudah bercinta dengan Firdaus sejak belajar di UNITEN.

“Walaupun ada yang komen dekat video tu cakap bahagia saya dengan suami ni bersifat sementara nanti dah malas buat bekal atau malas masak, saya jadikan tu semua sebagai kata-kata semangat untuk jaga hubungan lebih baik saja.

“Apabila saya mula share video dan content macam tu bersama suami, saya dah bersedia dengan segala kecaman atau percakapan tak baik sesetengah pihak dengan hati terbuka. Lagipun kita memang tak boleh nak tutup mulut orang.

“Apa-apa pun saya harap semua orang yang tengok video tu terus mendoakan perkara baik-baik saja untuk kami berdua. Saya harap perasaan cinta atau rasa sayang ini sentiasa ada sampai bila-bila,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Isteri manja sangat, suami sanggup naik e-hailing datang tempat kerja… Tolong pandu kereta bawa pulang, boleh pegang tangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*