“Fatima Sukakan Baby…”- Mahu 3 Anak, Fazura Akui Rancang Anak Kedua Pada…

Pelakon Fazura akui merancang untuk menimang cahaya mata kedua pada penghujung tahun ini.

Fazura memberitahu dia bersedia untuk menimang cahaya mata lagi selepas menyedari anaknya Fatima sudah sedikit besar dan sangat menyukai b4yi.

“Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun.

“Dia juga selalu menonton video yang berkaitan dengan bayi. Jadi, saya tahu dia sangat sukakan b4yi.

“Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Jadi, penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan usaha,”katanya kepada Astro Gempak.

Fazura ditemui bersama suaminya Fattah Amin di rumah terbuka Universal Music pada Jumaat.

Pelakon Pis4u Cvkur itu diminta mengulas mengenai isu anak selepas hantarannya di Instagram (IG) baru-baru ini memberi bayangan untuk menambah ahli keluarga baharu.

Tambah Fazura lagi, dia juga merancang untuk mempunyai tiga orang cahaya mata di masa akan datang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, sebenarnya saya nak anak lelaki. Yelah mesti lah nak sepasang.

“Tapi, pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak.

“Kalau kembar, saya lebih suka kalau mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras,”kongsinya lagi.

Sekadar info, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Fatima Sukakan Baby…”- Mahu 3 Anak, Fazura Akui Rancang Anak Kedua Pada…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*