Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid 0KU Gigih Tolak Wheelchair

Tidak semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai anggota badan yang sempurna, ramai yang mempunyai fizikal tidak sempurna tetapi ianya tidak mematahkan semangat insan yang kelainan upaya ini menjadi yang terbaik dalam bidang yang mereka ceburi.

Individu yang mempunyai kelainan upaya ini mempunyai semangat yang kuat kerana jika tidak mereka ini akan ketinggalan kerana dunia yang semakin berkembang ini menjanjikan peluang yang sama rata jika setiap individu berusaha walaupun tidak sempurna fizikal.

Begitu juga yang dimiliki oleh seorang kanak- kanak yang kelainan upaya ini bersemangat untuk menyertai larian merentas desa walaupun tidak mempunyai fizikal yang membolehkannya berlari. Walaupun tidak menggunakan kakinya, kanak-kanak lelaki itu menggunakan tangannya sambil menggerakkan kerusi roda yang dinaikinya.

Rakaman video semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh kanak- kanak itu telah tvlar di laman aplikasi Tik Tok dan membuatkan sesiapa yang menontonnya terharu dengan semangat yang ditunjukkan. Walaupun tidak boleh berjalan, dia menggunakan tangan untuk menolak roda kerusi roda itu menunjukkan semangat kental yang ada padanya.

Video:

@hamdanburn

♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

 

Ketika artikel ini ditulis, video yang telah dikongsikan itu telah berjaya meraih 150.6K tontonan, 8714 tanda suka dan pelbagai reaksi komen daripada netizen. Rata-ratanya juga turut kagum dengan kesungguhan adik itu meneruskan lariannya walau dengan berkerusi roda.

Komen netizen:

Sumber: Tik tok hamdanburn, sinarviral

Be the first to comment on "Rentas Desa Sejauh 4.2 KM, Ramai Terharu Lihat Murid 0KU Gigih Tolak Wheelchair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*