Miera Leyana ambil masa setahun baru tunjuk wajah anak

Selepas genap usia setahun, pelakon Miera Leyana akhirnya buat pertama kali berkongsi wajah puteri sulungnya kepada umum.

Miera, 29, berkongsi foto istimewa tersebut sempena meraikan sambutan ulang tahun pertama anak perempuannya yang dilahirkan pada 16 Mei tahun lalu.

Malah pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut berkongsi nama penuh puteri sulungnya iaitu Rachel Aisyah, satu nama yang dipilih bersama suami, Rosland Othman.

“Hai permaisuri kecil, kamu bukan anak kecil yang biasa. Kamu dilahirkan dengan penuh rahmat daripada Allah.

“Saya tahu suatu hari nanti, kamu akan membuatkan kami berbangga. Kami menjadi orang yang pertama bertepuk tangan dengan segala pencapaianmu. Selamat ulang tahun kelahiran pertama Rachel Aisyah,” tulis Miera.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat berasa teruja kerana akhirnya dapat melihat wajah comel puteri kesayangan Miera itu selepas sekian lama menunggu mengharap perkongsian daripada pelakon tinggi lampai itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

“Betul kan Miera baru tunjuk muka baby. Comel sangat. Mama pun sangat cantik,” puji seorang peminat.

Tidak ketinggalan, ramai rakan selebriti turut meluahkan rasa teruja dan mengucapkan selamat hari lahir buat Rachel.

Untuk info, Miera berkahwin dengan suaminya, Rosland yang merupakan seorang usahawan pada 26 Julai 2020 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: kosmo, sinarviral

Be the first to comment on "Miera Leyana ambil masa setahun baru tunjuk wajah anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*