Kawan baik ayam & angsa, Ayam nak jadi hero sooo comel

Memang jarang terjadi persahabatan melibatkan seekor ayam dan seekor angsa. Tidak dinafikan di dunia ini banyak jenis persahabatan, persahabatan antara manusia dan haiwan pun selalu kita dengar tetapi jarang sekali kita dengar persahabatan ayam dan angsa.

Sayangkan sahabat ini bukan sahaja manusia yang rasa, bahkan haiwan juga merasai kasih sayang bila menjalinkan ikatan persahabatan ini. Walaupun berlainan spesies tetapi kasih sayang yang terjalin itu boleh dipuji.

Sebuah rakaman video telah tular di Aplikasi Tik Tok apabila seekor Ayam ingin menjadi hero kepada seekor angsa kerana ingin menyelamatkan angsa tersebut dari diambil oleh pemiliknya. Apabila ayam menyedari yang angsa sedang dibawa lari, ayam berlari ingin menyelamatkan angsa.

Rakaman video itu telah tular dan mendapat tontonan ramai dan ramai juga yang meninggalkan komen apabila melihat persabatan mereka yang ingin melindungi antara satu sama lain. Terkedek-kedek berlari ingin menyelamatkan angsa daripada diambil.

Video:

@zie_is

Kawan baik ayam & angsa ❤️ ayam nak jadi hero sooo comel 😂

♬ original sound – Kak Zie – Kak Zie

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tergelak melihat situasi itu dan ramai juga yang memuji ayam itu yang melindungi kawannya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok zie_is, sinarviral

Be the first to comment on "Kawan baik ayam & angsa, Ayam nak jadi hero sooo comel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*