“Dia bagi duit seratus macam singgit” – Rezeki singgah melawat sahabat lama

Sudah semestinya setiap kali tiba musim Hari Raya Aidilfitri, semua golongan termasuklah kanak-kanak mesti teruja kerana pada hari raya, sesi memberi duit raya adalah yang paling ditunggu.

Sekarang ini bila tiba hari raya, bukan sahaja orang melayu meraikannya tetapi masyarakat berbilang kaum juga turut meraikannya dengan mengunjungi atau dikunjungi oleh tetamu yang menyambut hari raya.

Sebuah rakaman video telah tular di aplikasi Tik Tok apabila seorang Pak cik yang berbangsa cina sedang memberikan duit raya kepada semua yang mengunjungi rumahnya untuk beraya, tidak kira kanak-kanak ataupun dewasa turut diberikan duit raya sebanyak RM100 seorang.

Menurut pemilik video tersebut, pakcik yang berbangsa cina itu adalah kawan ayahnya selama 30 tahun dan mereka satu keluarga telah datang beraya dan membuatkan pak cik itu teruja dan gembira, sebab itulah diberikan duit raya kepada semua tanda gembira tetapi menurutnya lagi, ibu dan ayahnya mendapat duit raya yang lebih banyak daripada mereka.

Video:

@liehondakap

#RancakRaya #viralraya #fypシ #ditaja rezeki singgah melawat sahabat baik ayah kt Melaka. Semua dpt duit raya ☺️

♬ original sound – 𝓐𝓹𝓲𝓽_46🏁 🦟 – محمماد حافيظ

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang memuji kebaikan pak cik itu walaupun berbilang kaum tetapi tetap memberikan duit raya apabila tetamu beraya ke rumahnya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok liehondakap, sinarviral

 

Be the first to comment on "“Dia bagi duit seratus macam singgit” – Rezeki singgah melawat sahabat lama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*