Empat Tahun ‘TTC’ Mona Allen Umum Hamil Enam Bulan, Pernah Buat Kaedah Perubatan Islam Sebagai Ikhtiar

Empat tahun menanti rezeki anak akhirnya termakbul buat pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mona mengumumkan dia kini sedang hamil anak sulung.

Mana ada sorok

Menurut Mona, dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilannya cuma menunggu masa yang tepat untuk diumumkan.

Kata pemilik nama lengkap Munna Hafiraneza Allen, pada awalnya dia dan Pekin merancang untuk menunggu sehingga usia kandungan mencecah tujuh bulan namun terp4ksa diawalkan selepas ramai yang perasan ‘baby bump’.

Alhamdulillah… kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja.

Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’. Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan.

Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja.

Cerita perjalanan sepanjang berbadan dua, pelakon berumur 37 tahun ini tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya Pekin yang sering mu4l dan mengidam.

Saya tak ada alami alahan sepanjang hamil ini tapi Pekin pula kena tempias alahan. Masa bulan pertama itu, dia mu4l, mvntah dan mengidam macam-macam.

Sekarang pun, ada masa dia rasa mu4l-mu4l juga. Tapi tak selalu. Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang.

Jumpa ustaz di Melaka

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Dalam pada itu, pelakon drama Monalisa mended4hkan dia dan Pekin pernah melakukan kaedah perubatan Islam di Melaka sebagai usaha untuk hamil atau Trying to Conceive (TTC).

Katanya, selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa, dia mendapat berita gembira.

Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil.

Kebetulan ada shooting di Melaka, kawan pun beri cadangan untuk jumpa ustaz di sana. Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cuba perubatan Islam pula.

Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Empat Tahun ‘TTC’ Mona Allen Umum Hamil Enam Bulan, Pernah Buat Kaedah Perubatan Islam Sebagai Ikhtiar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*