Noor Nabila Minta Peminat Doakan Kebahagiaan Rumah Tangga Dengan Engku Emran

Kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila berharap orang luar terus mendoakan kebahagiaan dirinya dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Nabila berkata, dia kini menikmati kehidupan yang diimpikan sebagai isteri selain kini memegang tanggungjawab membesarkan dua cahaya mata.

“Alhamdulillah sudah hampir setahun kami melayari bahtera rumah tangga, namun saya akui perjalanan ini masih panjang.

“Cuma saya harap orang luar dapat doakan yang terbaik untuk kebahagiaan kami sekeluarga. Saya bersyukur dipertemukan suami yang sangat positif serta penyayang.

“Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Selain melayan keletah Jebat Jayden, saya juga sangat menyayangi Aleesya yang sudah saya anggap seperti anak sendiri,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Menurut Nabila, sambutan Aidilfitri tahun ini begitu bermakna apabila dapat meraikan bersama-sama.

“Tahun ini saya memilih tema warna biru untuk pakaian pada satu Syawal lalu. Alhamdulillah kami dapat berkumpul pada hari yang cukup bermakna.

“Jayden juga sangat seronok apabila dapat duit raya daripada saudara-mara. Tambah pula, tahun ini kami dapat keluar menyambut hari raya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berc3rai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat yang kini berusia empat tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 13 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: dnq.pw

Be the first to comment on "Noor Nabila Minta Peminat Doakan Kebahagiaan Rumah Tangga Dengan Engku Emran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*