Penduduk beri minuman kepada pengguna terkandas kesesakan terima pujian ramai

Ribuan pengguna kenderaan laluan Pantai Timur yang terp4ksa menempuh kesesakan lalu lintas sehingga berbelas jam untuk pulang ke kota sedikit terubat apabila mereka diberikan minuman.

Inisiatif tersebut dilakukan sekumpulan penduduk dipercayai di Pekan Bandar Setiu, Terengganu.

Rakaman video berdurasi 32 saat yang dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai @Muiithehappy menunjukkan sekumpulan lelaki mengagihkan air minuman berperisa kepada pengguna jalan raya yang terkandas kesesakan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Lebih mengharukan apabila penduduk kampung sekitar turut bersama-sama mengedarkan minuman kepada kenderaan yang lalu di kawasan berkenaan.

Video:

@muiithehappy

Yang sempat lagi mintak nombor tu tak tahan tu #fyp #ganukite #raya #raya2022 #trafficjam

♬ original sound – muiithehappy – muiithehappy

Rata-rata orang ramai memuji tindakan kumpulan tersebut dalam membantu meringankan beban perantau menempuh kesesakan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Penduduk beri minuman kepada pengguna terkandas kesesakan terima pujian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*