Pernah Terdetik Tak Mahu Sambut Aidilfitri, Shuib Rasa Tak Adil Untuk Anak-Anak

Pelawak dan usahawan Shuib masih diulit rasa sedih selepas isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Ilahi pada 9 Ogos tahun lalu.

Tak mahu beraya

Bercerita perihal sambutan Aidilfitri, Shuib, 38, menyatakan dia pernah terfikir untuk tidak menyambut hari raya memandangkan ini adalah tahun pertama tanpa figura isteri di sisi.

Memikirkan anak-anak yang sudah semangat berpuasa di bulan Ramadan, pemilik nama Shahmira Muhamad mengubah fikirannya.

Kalau ikutkan fikiran j4hat saya pernah terdetik tak mahu sambut raya tahun ini dan tak perlu membeli baju baharu untuk anak-anak.

Namun tidak adil jika saya lebihkan perasaan sendiri. Saya kena pentingkan anak-anak kerana mereka gembira mahu sambut raya. Jadi saya akan tetap beli baju baharu untuk raikan mereka.

Anak-anak faham

Dalam pada itu, pelakon telefilem Ayah Den Lopeh bersyukur kerana keempat cahaya matanya sangat memahami situasi tanpa arw4h ibu.

Kata Shuib, anak-anaknya boleh berborak mengenai arw4h Sarah tanpa menitiskan air mata.

Saya tidak sangka anak-anak kini boleh menjalani kehidupan sekarang dan faham situasi ketiadaan ibu tercinta di sisi.

Malah, anak-anak juga terbuka berborak tentang ibu mereka tanpa mengalirkan air mata. Kekuatan mereka itulah bantuan saya untuk terus mengharungi kesedihan.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah men1ngg4l dvnia selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti v1rus C0vldl9.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lapan bulan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh bulan

Be the first to comment on "Pernah Terdetik Tak Mahu Sambut Aidilfitri, Shuib Rasa Tak Adil Untuk Anak-Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*