Johan As’ari sedia kahwini wanita Perlis, mohon doa untuk berumah tangga dimakbulkan

TIGA tahun menjalinkan hubungan jarak jauh, pelakon Johan As’ari mengakui dia sememangnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang menetap di Perlis.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari berharap peminat dapat mendoakan agar hasratnya untuk berkahwin dimakbulkan.

Bagaimanapun, pelakon berusia 35 tahun ini enggan terlalu berkongsi mengenai perkara itu kerana bimbang ia putus di tengah jalan seperti sebelum ini.

Johan 2

Johan t4kut nak berbicara mengenai kahwin.

“Saya memang ada perancangan untuk berkahwin… Insya-Allah, doakan untuk saya, betul-betul nak kahwin. Calonnya dah ada, Insya-Allah. Masih lagi orang yang sama.

“Cuma, dia jauh di Perlis dan kami menjalinkan hubungan jarak jauh. Sebenarnya, saya nak bercerita lebih mengenai kahwin ini, takut juga tak menjadi.

“Sebab sebelum ini, saya pernah nak cakap nak kahwin tapi asyik tak jadi… tu yang saya jadi segan. Lebih baik saya kata doakan saya moga-moga inilah jodoh saya,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Johan pernah mengakui dia sudah mempunyai calon isteri yang direstui keluarga dan bersedia untuk melamar kekasihnya yang juga ahli perniagaan itu.

Enggan mended4hkan identiti wanita tersebut, Johan bagaimanapun memberitahu kekasihnya itu seorang yang memahami dan bersikap berdikari.

Dalam pada itu, pelakon drama Juv4na ini memberitahu hubungan dia dan wanita itu tidak seperti pasangan bercinta namun masing-masing sudah matang untuk membuat keputusan dalam soal jodoh.

Johan 1

Johan harap peminat doakannya.

“Kami tidak mesra sebagai teman, tak macam orang bercinta tapi kami tahu yang kami dah matang untuk buat keputusan kalau jodoh itu sampai, kita kahwin.

“Macam itulah hubungan kami… kami pun tidak selalu ‘dating’. Dia pun ada kata dengan saya kalau ada kenal dengan orang lain dan rasa itu jodoh saya, kahwinlah dengan orang itu.

“Alhamdulillah, dia ada sikap terbuka macam ini. Saya pun mendoakan kalau dia dekat sana jumpa seseorang memang jodoh dia, beritahu saja. Saya doa dan reda saja,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Johan As’ari sedia kahwini wanita Perlis, mohon doa untuk berumah tangga dimakbulkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*