[VIDEO]Patung peraga baju raya bergerak buat lelaki konfius, ramai pula terhibur

Seperti biasa yang kita jumpa apabila berjalan-jalan membeli-belah di pasaraya, berderet barisan patung memperagakan pelbagai fesyen pakaian.

Tambah lagi pada musim perayaan ini, pelbagai tren dan gaya yang diperagakan. Biasanya dalam seminggu terakhir sebelum tibanya Aidilfitri ini ramai yang sedang sibuk membuat persiapan hari raya.

Ada yang cari baju, kuih juga barangan rumah raya, semua tempat pun sekarang pastinya tengah sesak!

Namun, lain situasi yang terjadi kepada seorang pemuda ini. Di kala sedang asyik membeli-belah, dia tiba-tiba ternampak ada patung bernyawa!

Tiga patung itu cantik berdiri menghadap cermin hadapan kedai sedang memperagakan busana yang dijual oleh kedai tersebut. Rupanya patung itu merupakan manusia dan dilihat bergerak-gerak sambil bersembang antara satu sama lain.

Oleh kerana ingin mendapatkan kepastian, pemuda berkenaan mendekati cermin kedai dan melihat depan-depan.

Video:

@avocadamn_

sedang mencari kepastian🤔#fyp #raya

♬ оригинальный звук – snauzk – snauzk

Wah! Tiga gadis cantik rupanya menggantikan mannequin. Unik cara kedainya membuat promosi. Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @avocadamn_ berjaya meraih pelbagai komen yang menghiburkan.

Ada yang berseloroh ingin membeli patung terbabit untuk dibawa berjumpa dengan ibu mereka!

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarplus.sinarharian.com

Be the first to comment on "[VIDEO]Patung peraga baju raya bergerak buat lelaki konfius, ramai pula terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*