‘Niezam Zaidi Baik, Soft Spoken & Penyabar’ – Farisha Iris Selesa Berkawan

Hubungan pelakon Niezam Zaidi dan penyanyi Farisha Iris menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya berkongsi foto dan video bersama di platform media sosial.

Berkawan saja

Menurut Farisha, 23, dia mula berkawan dengan Niezam sekitar Mac lalu. Kata pemilik nama Farisha Asmadi, dia selesa dengan Niezam kerana perwatakan aktor itu yang bercakap lemah lembut, seorang penyabar serta sangat baik.

Saya kenal Niezam sejak awal tahun ini. Tapi kami mula berkawan ketika menjalani penggambaran telefilem sekitar Mac lalu. Tak tahu pula dia akan post gambar berdua.

Saya berkawan saja dengan dia. Sebelum ini, saya membesar dengan lakonannya yang agak scary. Tapi bila dah kenal rupa-rupanya dia sangat berbeza.

Bagi saya, Niezam seorang yang sangat baik, soft spoken, penyabar dan sejujurnya saya sangat selesa berkawan dengan dia.

Video:

@farisha_iris

😊 #fyp #fypシ

♬ 369 Manifestation Journal on Amazon – Manifesting Tips

Tak suka orang main tarik tali

Dalam pada itu, ketika ditanya soal jodoh, pelantun lagu Tak Malu ini lebih selesa mengikut aturan takdir yang ditetapkan Allah.

Katanya lagi, dia lebih suka lelaki yang suka bercakap terus terang kerana tidak gemar membuang masa untuk perkara yang tidak pasti.

Soal jodoh ini, saya tak suka memaksa situasi… saya jenis follow the flow. Saya suka orang yang berterus-terang dengan apa yang dia nak bila berkawan.

Tak suka orang main tarik tali. Nak berkawan tapi tak ada hala tuju… tak tahu apa jadi. Bagi saya, jangan buat seseorang itu tertanya-tanya.

Lagipun, saya tak suka juga buang masa dengan perkara yang tidak pasti.

Sebelum ini, pemilik nama Mohd Niezam Mohd Zaidi berkongsi foto berdua sempena hari lahir Farisha yang ke 23 tahun pada Isnin iaitu 25 April lalu.

Manakala, naib juara Idola Kecil 4 ini memuat naik video momen keluar bersama di akaun TikTok.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh bulan

Be the first to comment on "‘Niezam Zaidi Baik, Soft Spoken & Penyabar’ – Farisha Iris Selesa Berkawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*