[Vide0] Sebagai Tanda Hargai Pekerja, Fazura ‘Habis’ Puluhan Ribu Belanja Beg Jenama Mewah!

Pelakon dan penyanyi Fazura makin aktif dengan perniagaan tudung keluarannya, Tudung Fazura. Siapa yang tidak tahu dengan tudung Fazura, setiap kali melancarkan koleksi terbaru pasti mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

Terbaru, nama Fazura menjadi sebutan ramai selepas berkongsi rezeki dengan staf-staf yang setia menjadi tulang belakang.

Belanja beg mewah

Menerusi akaun TikTok @sonichussien, aktres berumur 39 tahun itu dilihat menghadiahkan beg berjenama mewah kepada pekerjanya namun tidak diketahui seramai berapa orang.

VIDEO;

@sonichussien

Fazura juga belanja saya beg 😭! Terima kasih

♬ original sound – DJ SONIC HUSSIEN – DJ SONIC HUSSIEN

Difahamkan, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin yang ditemani suami tercinta, aktor Fattah Amin menghabiskan puluhan ribu ringgit sebagai tanda menghargai usaha keras dan tenaga yang telah diberikan.

Penyampai radio DJ Sonic yang sering menjadi pengacara majlis Fazura antara individu bertuah menerima beg yang bukan calang-calang harganya untuk setiap unit.

Tak pernah tunjuk kemewahan

Di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan sifat peribadi pelakon filem Pisau Cukur yang bermurah hati berkongsi rezeki. Malah, ada peminat yang memuji dengan sikap ibu Nur Fatima Aisya yang tidak gemar menayang kemewahan di media sosial.

KOMEN NETIZEN;

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 60,000 tontonan dan 90 komen.

Sumber: TikTok @sonichussien / Ohbulan

Be the first to comment on "[Vide0] Sebagai Tanda Hargai Pekerja, Fazura ‘Habis’ Puluhan Ribu Belanja Beg Jenama Mewah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*