“Daripada Dia Takda Cucu Sampai Ada 6,” – Pembantu Rumah Balik Indonesia, Perkongsian Datuk Aliff Syukri dan Isteri Bikin Ramai Tersentuh

Usahawan popular, Datuk Aliff Syukri dan isteri, Datin Sri Nur Shahida akui berasa sedih apabila pembantu rumahnya menamatkan perkhidmatannya dan pulang ke kampung halaman di Indonesia.

Menurut Aliff , pembantu rumahnya itu merupakan individu yang telah berjasa buat keluarganya sepanjang 10 tahun berkhidmat.

Katanya lagi, pembantu rumahnya itu mula berkhidmat daripada tidak mempunyai seorang cucu hingga kini 6 orang cucu, dan daripada menghuni rumah buluh hingga menghuni rumah batu.

“Bukan senang nak cari bibik yang setia..kami terlalu sedih selapas 10 tahun berbakti dgn keluarga #terlajaklaris. Kesedihan yang sukar di ungkapkan untuk kami sekeluarga. 10 tahun bukanlah jangka masa yang pendek,dia ibarat ibu dan penjaga kami sekeluarga.
.
“Walaupun sekadar menjadi pekerja pembantu rumah tetapi banyak jasa beliau menjaga anak-anak saya. Daripada Baem lahir dan sampai la Baem sekarang..daripada dia takda cucu sampai ad cucu 6 orang daripada rumah dia rumah buloh sampai la berumah batu,” kata Aliff Syukri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Tambah Aliff Syukri, mereka sekeluarga juga akan merindui dan juga terasa kehilangan pembantu rumah mereka namun dirinya yakin itulah yang terbaik untuk pembantu rumahnya gembira sekeluarga.

Sementara itu menerusi laman instagram, Datin Sri Nur Shahida turut melu4hkan rasa sedih keatas kepulangan pembantu rumahnya itu ke Indonesia.

“Hilang sahabat sejati saya….yang mendengar kelvh kesah saya….yang mendengar setiap lu4han,gembira bahagia dan tang1san saya….10 tahun bibik dengan saya banyak suka dvka kami…semoga bibik bahagia dengan keluarga…kita sedih tapi itulah adat hidup bertemu dan berpisah…semoga ikatan kasih sayang ini,” katanya di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut. Sehingga kini, kedua-dua video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 166k tanda suka.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris, shahidadherbs

Be the first to comment on "“Daripada Dia Takda Cucu Sampai Ada 6,” – Pembantu Rumah Balik Indonesia, Perkongsian Datuk Aliff Syukri dan Isteri Bikin Ramai Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*