[VIDEO] Baju Melayu kucing cvri tumpuan di Festival Gaya Raya

Selain sibuk melengkapkan kelengkapan raya buat diri sendiri dan keluarga, kini tular di laman sosial media baju  kucing yang dijual sempena Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia ketika ini.

Menerusi perkongsian satu klip video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fendi, kelihatan suasana kedai yang menjual busana unik itu berjaya mencvri tumpuan apabila dipenuhi orang ramai.

Lebih menarik, baju Melayu yang dijual memiliki pelbagai warna serta turut digandingkan dengan samping dan songkok yang direka khas untuk haiwan tersebut.

Susulan daripada itu, rata-rata penggemar haiwan berkenaan turut terpanggil untuk mendapatkan busana terbabit menjelang Aidilfitri nanti.

Video:

@fendywassupp

#fyp#fypシ #fypmalaysia🇲🇾tiktok #mitec #kucing #kucingmalaysia #kucingtiktok #jalanjalan#shoppingraya2022

♬ Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 3.1 juta tontonan, 255.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "[VIDEO] Baju Melayu kucing cvri tumpuan di Festival Gaya Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*