Terkejvt nampak Snoop Dogg jaga parking, rupa-rupanya abang Rela wajah seiras… Penyokong JDT auto teruja

Foto anggota Rela yang memiliki wajah mirip Snoop Dogg tular menerusi Twitter pada Jumaat.

ORANG kata, dalam dunia ini akan ada tujuh individu yang memiliki wajah hampir sama dengan kita.

Benar atau tidak telahan itu, tiada siapa yang dapat membuktikannya.

Terbaharu, tular foto seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang memiliki wajah iras penyanyi rap antarabangsa, Snoop Dogg.

Foto memperlihatkan anggota Rela tersebut sedang bertugas di satu lokasi yang tidak dapat dipastikan itu tular menerusi Twitter pada pagi Jumaat.

“Snoop Dogg kerja Rela guys,” tulis pemilik Twitter @redrun yang memuat naik foto berkenaan.

Sehingga kini, foto itu menerima lebih 5,000 ulang kicau (retweet).

Snoop Dogg dalam video muzik untuk lagu Pioneers.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur, tak kurang juga yang berjenaka mengenai persamaan wajah mereka.

Role model kita. Famous, kaya, ada nama tapi masih rela bantu rakyat.

“Yang ni ke yang menyanyi dalam video JDT?

Tangkap layar tweet tular di Twitter.

“Sejak-sejak buat lagu JDT ni,” komen beberapa netizen secara berseloroh, merujuk kepada lagu tema kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim yang dinyanyikan Snoop Dogg baru-baru ini.

Untuk rekod, lagu Pi0neers nyanyian Snoop Dogg bersama Joe Flizzow diilhamkan daripada kesungguhan dan kegigihan JDT dalam menetapkan standard baharu bola sepak di Malaysia.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Terkejvt nampak Snoop Dogg jaga parking, rupa-rupanya abang Rela wajah seiras… Penyokong JDT auto teruja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*