“Sedap Macam Suara Saya” – Iqbal Puji Suara Aliff Syukri, Tapi Netizen Pula Tak Setuju…

Sejak akhir-akhir ini, nama pengusaha kosmetik, Datuk Aliff Syukri kembali panas selepas mengumumkan bakal meluncurkan lagu raya baharu tidak lama lagi.

Hal ini kerana, sepotong sedutan daripada klip video lagu berjudul Kelepok Raya itu viral selepas menampilkan penari-penari dengan gerakan tarian yang keterlaluan, selain pakaian yang digayakan juga tidak bersesuaian dengan tema lebaran.

Dalam masa yang sama, ibu kepada Aliff iaitu Bonda Rozita turut mengkritik tindakan anaknya itu secara terbuka di media sosial.

Terbaharu, Aliff memuat naik sepotong video yang menampilkan dirinya menyanyi sebahagian daripada lagu berkenaan dalam sebuah studio rakaman.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Menerusi ruangan kapsyen, Aliff menulis: “Komen jujur please suara saya. Sump4h ini suara asli saya. Saya anti-autotune.

“Siapa tak sabar tunggu esok (hari ini) lagu ni nak released jam 12 tengahari di Rusa Music… Korang mesti beri like banyak-banyak. Thank you awak saya amat hargai,” tulisnya.

Menariknya, respons yang ditinggalkan di ruangan komen juga turut mencuit hati. Antara yang meninggalkan komen termasuklah pengsohor Iqbal Zulkefli. Peserta Big Stage 2022 itu berkata, suara Aliff sedap, mirip dengan suaranya.

Begitupun, pada ruangan balas, ramai yang memuji bahawa suara Iqbal lebih sedap untuk didengar berbanding Aliff.

Dalam pada itu, pelakon Aeril Zafrel turut bergurau dengan meninggalkan komen pada video berkenaan.

Untuk rekod, Aliff Syukri pernah menerbitkan sebuah buah lagu raya sebelum ini berjudul Jom Raya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Sedap Macam Suara Saya” – Iqbal Puji Suara Aliff Syukri, Tapi Netizen Pula Tak Setuju…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*