“Jadilah dikau anak yang sentiasa berpegang teguh…,” – Tokti titip ucapan hari lahir buat anak tercinta

Penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran ke satu tahun, anak tercinta iaitu Muhammad Afwa.

Menerusi laman sosial Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza yang mesra dengan gelaran Tokti memuat naik satu video anak tercinta untuk tatapan umum.

Menurut Tokti, dia berharap Muhammad Afwa menjadi seorang anak yang soleh, dihormati dan disayangi oleh semua orang. Tambah Tokti, dia juga berharap supaya anak tercinta menjadi seorang yang penyayang, pemurah serta sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.

“Sannah helwa anak ibu sayang Afwa .. Semoga Allah swt jadikan Muhammad Afwa yang Soleh yang di hormati serta disayangi seluruh makhluk Allah di langit dan di bumi.. Menjadi pemimpin terbaik dari setiap sudut .. Penyayang & pemurah , Jadilah dikau anak yang Sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Agama mu .. Aamiin ya rabb.. Afwa manja ibu,” tulis Tokti di ruangan kapsyen.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 51.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Muhammad Afwa.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: instagram ctdk

Be the first to comment on "“Jadilah dikau anak yang sentiasa berpegang teguh…,” – Tokti titip ucapan hari lahir buat anak tercinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*