“Saya dah beli rumah di…,” – Eira Syazira rancang pindah ke Indonesia

Pelakon Eira Syazira, 37, bercadang mahu berpindah ke Indonesia bagi melancarkan lagi aktiviti untuk kerjaya nyanyiannya yang dibina di negara jiran itu.

Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi berkata dia mahu menetap bersama keluarganya di Bandung dan sudah mempunyai kediaman sendiri di situ.

“Saya dah beli rumah di Bandung. Tapi, sekarang semuanya masih dalam perancangan kerana ada perkara perlu diselesaikan dulu. Antaranya, saya harus dapatkan kelulusan permit penduduk tetap.

“Bagaimanapun, buat seketika ini saya akan berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia atas urusan kerja di sana,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Eira yang sudah tujuh tahun membina kerjaya nyanyiannya di negara seberang bernaung di bawah syarikat pengurusan Positif Art milik Om Jan.

Menganggap Indonesia sebagai ‘rumah kedua’, Eira sudah menghasilkan lima single di negara jiran itu dan dua tahun lalu dia muncul dengan single Kau Yang Ku Sayang bergenre koplo remix.

Disebabkan penularan C0vldl9 dan sempadan negara ditutup, Eira tidak dapat ke Indonesia untuk menjalankan aktiviti promosi single itu.

Katanya, apapun dia bersyukur kehadirannya diterima baik di Indonesia.

“Suami saya, Azad Jasmin adalah individu yang sentiasa memberi semangat dan menggerakkan saya untuk terus maju ke depan dalam karier nyanyian ini. Saya yakin kejayaan saya ini atas restunya,” katanya.

Eira yang mencipta nama dalam dunia lakonan di negara ini selama 20 tahun bertemu jodoh dengan Azad pada 2011. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak perempuan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: harian metro

Be the first to comment on "“Saya dah beli rumah di…,” – Eira Syazira rancang pindah ke Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*