Pacak Khemah & Bentang Tikar, Jiran Pakat Iftar Bersama Siap Bertukar Juadah

Apabila menyambut bulan ramadan, Waktu berbuka puasa adalah waktu yang paling dinantikan oleh semua yang sudah berpuasa seharian menahan makan dan minum. Waktu berbuka adalah waktu ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama.

Bukan sahaja berbuka bersama keluarga sahaja bahkan ada juga yang mengambil peluang itu untuk berbuka puasa beramai-ramai bersama rakan-rakan atau jiran terdekat yang sama-sama ingin berbuka puasa beramai-ramai.

Sebuah video telah tular di aplikasi Tik Tok apabila video itu telah memaparkan suasana berbuka puasa beramai- ramai satu lorong di sebuah taman. Jiran satu lorong sama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa itu.

Bukan sahaja berbuka puasa beramai-ramai tetapi jiran-jiran juga turut membawa makanan masing- masing di dalam dulang untuk makan beramai-ramai. Khemah juga turut dipasang untuk meletakkan makanan untuk dinikm4ti bersama.

Video:

@tyy9691

First Time Rasa Suasana Berbuka Macam Ni #berbukadenganjiran #jiransepakat #lorong49 #jiranyangbaikpunsaturezeki #best #fyp

♬ @doha_simamora7590soundtrack yang dibuat – ITC_dohasimamora

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen yang terharu melihat perhubungan erat mereka yang masing-masing membawa juadah berbuka untuk dikongsikan bersama jiran mereka.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok tyy9691, sinarviral

Be the first to comment on "Pacak Khemah & Bentang Tikar, Jiran Pakat Iftar Bersama Siap Bertukar Juadah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*