Dua Kali Kegvguran, Putri Najuwa Akan Mula Rawatan IUI Selepas Raya – “Bila Dapat Tahu Gvgur Lagi, J4ntung Rasa Terhenti”

Pelakon Putri Najuwa akan memulakan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) dalam usaha mendapatkan zvriat selepas sambutan Syawal pada Mei ini.

Ded4h Najuwa, 35, rawatan itu dilakukan selepas dua kali percubaan untuk mendapatkan zvriat gagal apabila kandungannya mengalami kegvguran pada September 2021 dan Februari 2022.

“Belum rezeki saya untuk menimang cahaya mata selepas empat tahun berkahwin. Saya gvgur dua kali dan insya-Allah selepas sambutan Aidilfitri ini saya akan memulakan rawatan IUI.

“Saya sedar saya gvgur, kedua-dua kandungan itu baru berusia sebulan. Ketika dapat tahu saya gvgur, j4ntung rasa terhenti. Iyalah, kita dah tunggu lama, sekali tak ada rezeki tapi reda sajalah.

“Doktor kata had usia saya (untuk buat rawatan) sehingga 36 tahun sahaja. Disebabkan itu juga saya juga akan lebih ‘cerewet’ untuk memilih produk makanan untuk dipromosikan.

“Kerana masalah dengan kesuburan saya adalah berkaitan dengan pemakanan saya. Tapi saya tak ada isu yang teruk, saya masih boleh hamil secara semula jadi cuma masalahnya pada dinding ov4ri nipis,” katanya kepada Gempak.

Enggan terus berdvka, kata Najuwa dia percaya perancangan Allah yang terbaik dan mengharapkan rezeki untuk menimang zvriat pada masa terdekat.

“Saya bukan orang suka bersedih dan berdvka. Bagi saya kehidupan saya adalah susunan Allah, saya memang sedih, kadang-kadang terduduk juga kenapa tak ada rezeki. Tapi reda saja, mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti pada masa akan datang.

“Doktor pun cakap, bila pertama kali periksa bayi dah ada heartbeat tapi kemudiannya berhenti. Ia bukan satu kombinasi baik. Saya okey saja, kalau terus berfikir akan rasa sedih,” tambahnya.

Untuk rekod, Najuwa telah berkahwin dengan usahawan Muhammad Zaid Samsuri pada September 2017 selepas 10 tahun perkenalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Dua Kali Kegvguran, Putri Najuwa Akan Mula Rawatan IUI Selepas Raya – “Bila Dapat Tahu Gvgur Lagi, J4ntung Rasa Terhenti”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*