“Ingatkan Kemek Hilang Rupanya…” – Ucapan Syatilla Cuit Hati, Netizen Komen Mima Si Dagu Comel

Ucapan hari jadi pelakon Syatilla Melvin kepada anak keduanya, Sarima Samheizy memang lain dari yang lain.

Terkenal sebagai seorang yang lucu dan suka bergurau, kapsyen Syatilla sememangnya mencuit hati netizen.

Coret Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla, masih kekal segar di ingatan kenangan sewaktu menyambut kelahiran puterinya itu.

“Dah tiga tahun amoi Taiwan bubu ni. Happy birthday anak solehah bubu. Sayang kakak Mima banyak sangat.

Fresh lagi muka dia lalu depan mata masa doktor keluarkan dari perut tiga tahun lepas, kemeknya muka anak aku Ya Allah.

“Ingat lepas beberapa bulan kemek tu akan hilang rupanya sampai hari ini masih kemek. Ayayu my dagu. Dia tak sabar sungguh-sungguh nak tunggu adik dia keluar.

“Insya-Allah bubu pasti Mima boleh jaga baby baru lebih bagus dari bapak jaga,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga turut mengucapkan selamat hari jadi buat Sarima.

Mereka juga turut memuji kecomelan Sarima yang memiliki wajah saling tidak tumpah seperti bapanya iaitu aktor Shaheizy Sam.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada Februari 2016. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Syatilla juga kini sarat hamil anak ketiga dan bakal bersalin tidak lama lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Ingatkan Kemek Hilang Rupanya…” – Ucapan Syatilla Cuit Hati, Netizen Komen Mima Si Dagu Comel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*