[VIDEO] Selepas 7 tahun jadi pelakon, Sarah Hildebrand umum undur diri dari dunia hiburan… Minta viral supaya semua orang tahu

Memulakan karier lakonan sejak tahun 2015, pelakon Sarah Hildebrand akhirnya mengambil keputusan mengundurkan diri daripada dunia seni.

Biarpun masih menerima tawaran daripada syarikat produksi, Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memaklumkan dia tidak mahu lagi menjadi pelakon atau pengacara TV.

“Saya fikir masa sesuai untuk memaklumkan bahawa saya mahu bersara daripada dunia seni di Malaysia. Saya tidak akan terima tawaran sama ada sebagai pelakon atau pengacara.

“Sebenarnya saya masih dapat tawaran daripada produksi, maaf cuma tidak beri maklum balas lagi. Pengumuman bersara ini, buatlah apa-apa pun bagi tular dan semua orang tahu,” katanya.

Pelakon berusia 32 tahun itu membuat pengumuman itu menerusi rakaman video ‘reels’ di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Mendengar pengumuman mengejutkan itu, rata-rata peminat memberi kata-kata semangat dan mengharapkan yang terbaik buat pelakon drama Pujaan Hati Kanda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @sarahhildebrand

Kali terakhir lakonan Sarah ditayangkan menerusi drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang bersiaran pada 2020 menerusi saluran TV3.

Dalam pada itu, pelakon kacukan Amerika dan Jerman turut mengucapkan terima kasih atas sokongan dan menghargai semua kenangan pahit manis sepanjang bergelar anak seni.

“Terima kasih untuk pahit manis selama ini. Saya akan hargai setiap momen dan pengalaman itu. Semua itu bantu saya jadi manusia dan artis yang lebih baik. Jumpa kalian semua di sisi yang lain,” katanya.

Sarah 1

Sarah enggan terima sebarang temu bual.

Sementara itu, Sarah turut memaklumkan bahawa dia enggan menerima sebarang temu bual berhubung keputusannya ini.

“Saya Sarah Hildebrand dengan rasa hormatnya tidak akan mengambil sebarang temu bual berkaitan dengan pengumuman bersara atau sebarang temu bual melibatkan perkara itu,” katanya.

Untuk rekod, Sarah pernah mencetuskan kontr0versi apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung pada Oktober 2020 selepas hampir setahun berkahwin dengan Otto Gilen.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "[VIDEO] Selepas 7 tahun jadi pelakon, Sarah Hildebrand umum undur diri dari dunia hiburan… Minta viral supaya semua orang tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*