“Tiada Alahan, Tiada Morning S1ckness,” – Syukur Nikmat, Penyanyi Ariff Bahran Umum Isteri Hamil Anak Sulung

Penyanyi Ariff Bahran mengumumkan isterinya, Amirah Syazwani sedang hamil anak pertama mereka dan usia kandungan sudah pun memasuki minggu ke-24.

Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Ariff atau nama sebenarnya Mohammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, turut mendoakan agar urusan bersalin isteri tersayang dipermudahkan.

Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi yang bakal muncul menerusi single Maria itu menerusi Instagram.

 

“Been waiting for the right time to share this lovely news to all my friends. Alhamdulillah dan inshaAllah, jika ada rezeki dan tiada aral melintang, Bahran akan jadi seorang ayah. Kinda Nervous & also thrilled at the same time.

“Sekarang dah di hujung second trimester (24minggu 5 hari). Tiada alahan, tiada morning sickness, semoga urusan wife Bahran terus dipermudahkan.

“Doakan my wife & baby sihat dan selamat sehingga bersalin,” tulisnya menerusi hantaran yang sudah pun menerima lebih 14,000 tanda suka itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ariff Bahran (@ariffbahran)

Ariff dan Amirah, 27, mendirikan rumah tangga pada 3 September 2021 dalam sebuah majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Tiada Alahan, Tiada Morning S1ckness,” – Syukur Nikmat, Penyanyi Ariff Bahran Umum Isteri Hamil Anak Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*