Kambing Bernama Bawa Tuah, Tuan Garu Kepala Kamaruddin ‘Demand’ Makanan Manusia

Bermula dengan hanya memuatnaik video sebagai suka-suka sahaja tetapi kini di aplikasi Facebook dan juga TikTok ‘Kambing Yang An3h’ mula mendapat tempat di hati masyarakat. Manakan tidaknya, gelagat kambing-kambingnya yang lucu dan nama-nama kambingnya yang menyerupai nama manusia.

Bukan sahaja nama yang menyerupai manusia yang diberikan kepada kambing-kambing beliau tetapi makanan yang dimakan oleh kambing-kambing itu juga makanan manusia seperti kuih muih dan juga roti.

Keunikan yang terdapat pada kambing bernama kamaruddin ini sememangnya tidak ada pada kambing yang lain kerana si Kamaruddin ini suka makan kuih muih seperti lepat pisang, donut dan kadang kala juga apabila diberikan roti canai pun Kamaruddin tidak menolak.

Menurutnya pemiliknya itu, kamaruddin memang sangat istimewa kepadanya kerana permulaaan video kambing yang an3h adalah Video Kamaruddin yang suka memakan makanan kuih muih dan sehingga kini semakin dikenali dan ramai yang membuat tawaran kepadanya untuk membeli kambing- kambing tersebut.

Video:

@kambingyanganeh

Kamaruddin kaki Langgar #foryou #fyp #foryoupage #kambingrangers

♬ original sound – KambingAneh – KambingAneh

Tambahnya lagi, kalau dulu hanya pada hari raya aidiladha dan program akikah sahaja permintaan terhadap kambingnya terjual tetapi sekarang setelah dikenali, lebih ramai yang datang untuk membeli ternakannya itu. Tuah kambing yang an3h la katakan.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok kambingyanganeh, sinarviral

Be the first to comment on "Kambing Bernama Bawa Tuah, Tuan Garu Kepala Kamaruddin ‘Demand’ Makanan Manusia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*