[VIDEO] Wanita tak lari, siap kongsi tips bila berdepan situasi dikejar anjing

Sama ada takut atau tak biasa bergaul dengannya, tidak dinafikan sesetengah daripada kita ‘f0bia’ setiap kali ternampak anjing. Lebih-lebih lagi jika pernah ada pengalaman situasi dikejar haiwan tersebut, confirm sanggup buat apa sahaja asal dapat selamatkan diri sendiri.

Anjing juga sememangnya suka memerhati dan kadangkala mendekati orang. Bukan sengaja mahu kejar atau menggigit, tapi lebih pada sifat semulajadinya mahu sentiasa berjaga-jaga. Namun kebanyakan kita pasti akan cuba untuk mengelak daripada mendekatinya kerana tidak mahu cari nahas.

Namun lain pula dengan kisah yang akan kami kongsikan ini, dimana wanita ini tetap tenang dan berjalan seperti biasa apabila dikejar dan disalak oleh beberapa ekor anjing.

Menerusi satu video tular di laman Tiktok yang dimuat naik oleh akaun Jubiana Joisip, wanita tersebut dilihat melakukan aktiviti ‘jogging’ di suatu kawasan, dan ‘diserbu’ oleh beberapa ekor anjing.

Dia bagaimanapun dilihat tidak melarikan diri, bahkan berkongsi tips kepada pengguna Tiktok yang lain tindakan yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

Video:

@jubymay5

Kacau betul laaaa😌 mau jogging pun ada yg jeles🤣 #jgnlari #jlnrelaxjerrr #fyp

♬ original sound – Jubiana Joisip – Jubiana Joisip

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 329.5k tontonan, 16.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut berkongsi pengalaman ketika dikejar oleh anjing.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: tiktok Jubiana Joisip

Be the first to comment on "[VIDEO] Wanita tak lari, siap kongsi tips bila berdepan situasi dikejar anjing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*