“Bang nasi kat mulut tu” – shuib meng4muk suruh hormat bulan puasa

Kalau sebut nama Shuib, ramai yang mengingatinya sebagai Shuib Sepahtu. Gandingan mantap dan tak kering gusi membuatkan shuib dikenali ramai dan selalu memberikan lawak-lawak yang berkualiti juga salah satu penyebab Shuib mempunyai ramai peminat.

Tidak pernah tak lawak, banyak perkongsian video shuib yang dimuatnaik di media sosial menjadi kesukaan ramai dan ramai juga yang tidak kering gusi dengan gelagat lawaknya yang bersahaja.

Terpanggil menjawab soalan dari ramai peminat yang mempersoalkan mengenai statusnya yang juga anak orang kampung membuatkan ramai yang tergelak. Di dalam video tersebut, shuib menyatakan ketidakpuasan dirinya kepada netizen yang ingin membuktikan dirinya juga orang kampung dengan memakan nasi di siang hari pada bulan puasa.

Geram mengenai pertanyaan tersebut, shuib telah membuat satu video tetapi apa yang melucukan adalah apabila shuib meminta netizen menghorm4ti bulan puasa tetapi di bibirnya ada sebutir nasi. Tak pernah tak lawak la shuib ni. 

Video:

@shuibsepahtu

Tolong hormat orang puasa!!!!! Boleh tak!!! #VIRAL #TakPuasa #Puasa #Ramadhan #ParitHajiAmin #AkuAnakBanjar @shafiqabuuu

♬ original sound – Shuib Sepahtu – Shuib Sepahtu

Menjengah ke ruangan komen pula ramai netizen yang terhibur dengan lawak berkias shuib itu dan ada juga yang komen kantoi apabila ada sebutir nasi di bibirnya seakan-akan shuib tidak berpuasa tetapi sebenarnya ianya sekadar lawak biasa daripada pelawak terkenal itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok shuibsepahtu, sinarviral

Be the first to comment on "“Bang nasi kat mulut tu” – shuib meng4muk suruh hormat bulan puasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*