Niat Nak Lepak Dengan Geng-Geng Je, Lelaki Pasrah Bini Suruh Bawa Anak Sekali

Sesekali bila mempunyai masa lapang, ramai la individu terutama lelaki yang meluangkan masa bersama kawan masing-masing samada sekadar lepak sahaja atau memang mempunyai tujuan tertentu dan juga mungkin untuk menghilangkan rasa bosan mereka.

Tetapi pernahkah anda melihat sekumpulan lelaki yang bersembang di kedai makan membawa anak mereka apabila keluar lepak dengan kawan yang lain, memang hampir tiada la kan. Itulah yang terjadi kepada sekumpulan lelaki yang sedang melepak ini.

Menurut pemilik video itu, niat mereka adalah bersembang setelah sembahyang terawih tetapi apa kan daya mungkin perjumpaan mereka akan tergangu kerana masing-masing membawa si kecil mereka bersama.

Situasi tersebut menyebabkan pemilik video itu berseloroh yang mereka hanya nak bersembang sambil lepak tetapi kenapa bawa sekali anak mereka. Difahamkan isteri masing-masing tidak membenarkan mereka keluar jika tidak membawa anak mereka bersama.

Video:

@zashdee

lepak bawak anak ✅ #fyp

♬ original sound – Zashdee – Zashdee

Bila menjengah ke ruangan komen pula ramai yang tergelak melihat gelagat para suami yang mithali itu. Ramai yang berpendapat bahawa isteri mereka memang seorang yang bijak kerana mempunyai idea yang bernas supaya suami mereka tidak balik lewat.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok zashdee, sinarviral

Be the first to comment on "Niat Nak Lepak Dengan Geng-Geng Je, Lelaki Pasrah Bini Suruh Bawa Anak Sekali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*