Ebit Lew bantu warga emas tidur di ‘bus stop’

Seorang gelandangan warga emas, 80, hari ini dibantu pend4kwah selebriti, Ustaz Ebit Lew yang menempatkannya di sebuah Pusat Penjagaan Wang Hing.

Beliau dalam satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan mula mengetahui kisah warga emas itu menerusi sebuah video yang tular di media sosial apabila memaparkan situasinya tidur di hentian bas Putra Perdana, Puchong.

“Pak cik Phang Tat Leong berusia 80 tahun tidur di ‘bus stop’, dan berbulan tidur di hentian bas Putra Perdana, Puchong.

“Malam tadi dapat gambar dan video pak cik ini, men4ngis sahaja rasa, pagi ini terus ke sana,” tulisnya.

Tambah Ebit Lew, warga emas tersebut mempunyai masalah pendengaran dan mereka berbual menerusi penulisan di kertas.

Katanya, lelaki berkenaan fasih berbahasa Inggeris dan mempunyai perwatakan yang baik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Tak nak susahkan orang, tak mampu nak bayar sewa rumah dan sekarang dah uzur dan bongkok, bawa basikal kemana sahaja jadi macam tongkat tolak sahaja untuk bawa barang, kutip besi tin untuk dijual,” ujarnya.

Sehubungan itu, selepas berjaya memujuk pak cik tersebut, dia ditempatkan di pusat penjagaan dan bayaran bulanan ditanggung sepenuhnya oleh Ebit Lew. 

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Ebit Lew bantu warga emas tidur di ‘bus stop’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*