‘Suara makmum lagi kuat, kalah Pak Imam’

Gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang sedang solat berjemaah bersama ayah dan abangnya telah mencvri tumpuan ramai baru-baru ini.

Apa yang menariknya adalah apabila dia mula membacakan surah al-Fatihah dengan begitu kuat sehingga menutupi suara bapanya sebagai imam solat.

Menerusi perkongsian @norhidayahghazali90 di TikTok, kelihatan kanak-kanak tersebut membengkokkan badannya ke belakang sambil melaungkan bacaan ayat surah berkenaan dengan penuh lantang sehingga menyebabkan si perakam turut tergelak.

“Dari balik sekolah senyap je, tapi lepas dia buka puasa hampa dengarlah suara dia macam mana. Kalah Pak Imam,” ujarnya.

Video:

@norhidayahghazali90

♬ original sound – user4571108975429

Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 2.1 juta tontonan dan rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak perempuan berkenaan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "‘Suara makmum lagi kuat, kalah Pak Imam’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*