“Besok Mateen pengs4n…,” – [VIDEO] Gelagat Mateen tahan lapar buat ramai terhibur

Kanak-kanak antara yang paling teruja tatkala menjelang Ramadan kerana tidak sabar untuk belajar berpuasa. Selalu kita dengar para ibu bapa akan beritahu, “Kalau nak Raya, kena puasa!”

Maka, bertambah semangatlah anak-anak kita untuk berjuang menahan lapar dan dahaga sehingga ke azan Magrib berkumandang. Ibadah ini turut dilakukan oleh anak ketiga pelawak Shuib iaitu Mateen. 

Menerusi satu video tular yang dimuat naik menerusi akaun tiktok ibusofea, Shuib difahamkan bertandang ke sebuah bazar Ramadan pada hari ke-2 puasa yang lalu.

Apa yang mencvri perhatian ialah reaksi muka Mateen yang dilihat dalam keadaan lemah lesu, dan menjawab soalan yang ditanya oleh Shuib hanya dengan nada perlahan.

Malah, Mateen juga sempat berseloroh bahawa esok dirinya akan pengs4n.

Video:

@ibusofea

♬ bunyi asal – sofeaaryshah – sofeaaryshah

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 545k tontonan, 35.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Mateen.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: tiktok ibusofea

Be the first to comment on "“Besok Mateen pengs4n…,” – [VIDEO] Gelagat Mateen tahan lapar buat ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*