Zahirah Macwilson teruja, anak pertama kali sebut perkataan ‘mummy’

Siapa sahaja yang tidak kenal pasangan selebriti popular iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza. Kehidupan peribadi mereka sering mendapat perhatian daripada kalangan warganet lebih-lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka yang pertama.

Si kecil bernama Isaac Raees itu sebelum ini dilahirkan di Perth, Australia yang merupakan lokasi kediaman keluarga pelakon wanita berkenaan. Kini, pejam celik dah setahun lebih usia permata hati kepada pasangan selebriti terkenal Zahirah Macwilson dan juga Aiman Hakim Redza itu.

Baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik di laman instagram rasmi miliknya, Zahirah dilihat begitu gembira apabila Isaac Raees pertama kali menyebut perkataan ‘mummy’.

“Akhirnya dapat dengar buat kali pertama. Ijack dah boleh sebut some family members already like daddy, oma, atok, tok abah, eja, uncle haziq and nanny. Tapi dia tak pernah nak cakap mummy!,” kata Zahirah di ruangan kapseyn.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 40.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut berkongsi pengalaman yang sama. Malah, suaminya iaitu Aiman Hakim Redza turut memberikan respon terhadap pautan itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: instagram zahirahmacwilson

 

Be the first to comment on "Zahirah Macwilson teruja, anak pertama kali sebut perkataan ‘mummy’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*