Heliza Helmi saran bawa makanan kucing jika tunai umrah

Penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi menyarankan jemaah yang hendak menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah supaya membawa bersama makanan kucing untuk diberi kepada kucing-kucing jalanan di sana.

Heliza atau nama lengkapnya Nur Heliza Helmi yang kini sedang menunaikan ibadah umrah dan ziarah bersama suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sejak 21 Mac lalu, berkongsi simpati saat melihat banyak kucing-kucing jalanan di sana yang kelaparan.

“Kucing di sini (Mekah dan Madinah) sangat kasihan. Kebvluran, kelaparan serta kehausan. Jadi sangat disarankan (kepada para jemaah) supaya dapat membawa makanan kucing ke Tanah Suci.

“Hendak beli di kedai-kedai runcit di sini, tidak jumpa pula. Belikan sekali bekas untuk letak makanan dan minuman untuk kucing. Semoga Allah S.W.T reda dan menerima amalan kita semua. Insya-Allah,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran berbeza, Heliza turut berkongsi beberapa video dia berkongsi rezeki dengan memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan yang kelaparan termasuk di sekitar kawasan Masjid Nabawi di Madinah.

“Banyak kucing kelaparan di sini. Ada kucing yang matanya bvta dan ekornya terb4kar. Kucing-kucing di sini kehausan kerana kawasan yang kering. Jadi tidak ada air yang bertakung. Makanan pun tiada.

“Kucing-kucing di sini memang sangat kelaparan dan susah hendak makan.Marilah sama-sama kita berkongsi rezeki bersama kucing,” pintanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Tambah bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu lagi, laparnya kucing-kucing di sana diibaratkan seperti berpuasa selama setahun apabila diberi makan.

“Saya sebenarnya malu hendak kongsikan, tapi saya rasa ini merupakan satu keperluan. Macam mana kita lapar, begitu juga kucing. Mereka (kucing) ibarat berpuasa sepanjang tahun di sini,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Menjengah dalam ruangan komen, ada pengikutnya yang mengakui situasi sama menyaksikan kucing-kucing berkeliaran di sekitar Masjid Nabawi, masing-masing turut berkongsi simpati dan berharap supaya Heliza dimurahkan rezeki oleh Allah SWT atas kemuliaan hatinya memberi makan kepada kucing-kucing jalanan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Heliza Helmi saran bawa makanan kucing jika tunai umrah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*