Baca al-Quran sambil tunggu ‘order’, peniaga nak belanja berbuka sebulan

Dalam kesibukan kita mencari harta dunia, bekalan akhirat juga jangan dilupakan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

Begitulah yang cuba dilakukan oleh seorang pemuda bekerja sebagai penghantar apabila dilihat sempat meluangkan masa seketika untuk membaca al-Quran semasa menunggu pesanan.

Menerusi foto yang dikongsi di laman Facebook Ismail Sabran Ancok, pemuda tersebut dirakam sedang membaca al-Quran di bawah sebuah pokok di tepi lebuh raya.

“Lalu tadi di highway (lebuh raya),ingat dia tengah main ‘game’, rupanya ‘runner’ ni tengah duduk membaca al-Quran.

“Mungkin tengah duduk sambil tunggu order (pesanan), saudara ni mengisi masanya untuk menambah pahala dibulan Ramadan. Syabas anak muda,” tulisnya di Facebook.

Mengulas lanjut Ismail berkata, dia juga berhasrat untuk belanja pemuda itu berbuka puasa di gerainya secara percuma selama sebulan.

“Siapa yang kenal brother (pemuda) ini, bagitahu dia, saya belanja berbuka puasa percuma di gerai abang ancok selama bulan puasa. Kalau dia ada masa kelapangannya berbuka digerai,” katanya.

Difahamkan, aksi pemuda itu dirakam di sebuah kawasan di Sabah semalam, namun lokasi tepat tidak dapat dipastikan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memuji sikap yang ditunjukkan pemuda itu kerana tidak membuang masa di bulan mulia ini dengan aktiviti tidak berfaedah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Baca al-Quran sambil tunggu ‘order’, peniaga nak belanja berbuka sebulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*