“Kalau Nak Keluar Berbuka Berdua Dengan Noh Bagitau” – Fara Fauzana Sedia Jadi ‘Nanny’ Untuk Anak Mizz Nina

Menerusi kemas kini di Instagram, penyanyi Mizz Nina melahirkan rasa bersyukur dengan setiap ujian yang diberikan kepadanya, lebih-lebih lagi apabila ujian tersebut hadir ketika bulan Ramadan datang bertamu.

Dalam hantaran yang sama, Mizz Nina berkata, Allah SWT menguji orang-orang yang paling dikasihi Nya untuk melihat bagaimana kita memberi respons terhadap situasi-situasi yang dipertemukan oleh Nya.

“Banyak kali kita tersesat dan lupa tentang kebaikan dan pertumbuhan yang berlaku di sebalik ujian ini, bagaimana Allah menghapus d0sa-d0sa kita untuk setiap air m4ta yang j4tuh, dan juga setiap kes4kitan.

“Kes4kitan yang kita rasakan dalam badan kita, menyucikan diri kita sendiri. Kadang-kadang kita perlu merasai kes4kitan, supaya kita boleh ingat untuk menjadi hamba yang bersyukur, untuk memecahkan eg0 yang ada dalam diri, mengakui kekurangan kita dan berserah diri kepada Allah.

“Saya bersyukur dengan ujian yang datang, tepat pada Ramadan, saya berdoa agar Allah izinkan saya memasuki dan menyambut bulan Ramadan dengan hati yang lebih lembut, suci dan bersedia untuk beribadah dengan sebaik-baiknya. Sangat berbeza bergelar seorang ibu sekarang!,” tulisnya sambil memberitahu tidak sabar untuk menyambut kedatangan hari raya dengan anaknya, Musa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)

Menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi positif diberikan termasuk daripada rakan-rakan artis. Namun, yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh pengacara Fara Fauzana.

“Selamat berpuasa Nina. Nanti kalau nak keluar berbuka berdua dengan Noh bagitau… Nanny Fafau on standby,” tulisnya.

Menerusi ruangan balas, Nina berkata: “Yes please!”

Awal bulan lalu, Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh memperkenalkan Musa sebagai anak angkat mereka. Keputusan untuk mengambil anak angkat dibuat selepas pelbagai raw4tan untuk memperoleh zvriat sendiri gagal.

Mizz Nina dan Noh mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Kalau Nak Keluar Berbuka Berdua Dengan Noh Bagitau” – Fara Fauzana Sedia Jadi ‘Nanny’ Untuk Anak Mizz Nina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*