“Kali ke-2 panggil nama dah, kali ke-3 dah ada…,” – Ozlynn kongsi pengalaman & cab4ran kejut anak sahur

Setiap ibu bapa punya cara dan pendekatan tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Yang pasti semua mahu anak-anak menjadi ‘orang’ lebih-lebih lagi situasi sekarang yang cukup menc4bar pada zaman moden ini.  Sama seperti pasangan selebriti ini, Johan dan Ozlynn sering berkongsi cara mendidik anak-anak mereka.

Ini berikutan kebahagiaan yang ditunjukkan mereka menjadi contoh yang baik kepada umum. Tak kurang hebatnya, didikan agama kepada anak-anak turut tidak diabaikan. Bahkan, ada yang terinspirasi dan kagum dengan cara didikan Ozlynn Wati dan Johan pada anak-anak mereka.

Baru-baru ini, Ozlyn sekali lagi mencvri perhatian warganet apabila berkongsi pengalaman dan cab4ran mengejutkan anak-anak untuk bangun bersahur. 

Cab4ran utama kejut budak sahur adalah 1. selain dari kejut bangun dengan cara lembut, sentuhan mak atau ayah.. kali ke2 panggil nama dah, kali 3 dah ada tepukan di peha yek, kali ke4, guys bangun!! Dah nak azan!! 2. Pastikan anak2 cukup tidur supaya tak cranky masa sahur.. ehekkk ehekkk ehekkkk.. hat nih dia ehekk ehek kita berdehem jek.. berubah muka depa.

“3. Makanan sahur dah siap tersedia.. bebudak ni kan dorang even 1 minit pon sangat berharga waktu tidur dorang.. kadang kita kejut adik abg yang dah bangun amik kesempatan membuta balik.. alasan tunggu adik..

“So apapun yang penting peranan mak dan ayah tu sendiri.. kalau mak dok sediakan sahur ayah kena la bantu kejutkan anak2 suh depa basuh muka, gosok gigi.. dapat depa mandi awal pon bagus baru segar.. pas sahur takde la terus tidur.. standby subuh..

“Tapi tips yg paling berguna 3 minggu sebelum datangnya ramadhan, train la anak2 untuk berpuasa ok.. 1. Supaya perut depa x terkejut, 2. dorang dapat serasikan diri untuk bangun sahur.

” 3. Dh tak cranky so awal2 maybe ada yang puasa sekerat hari.. ujung2 sampai ramadhan trus boleh puasa dengan senang 4. Nanti bagi la reward untuk yang kecik2 rajin bangun puasa dan subuh untuk yang mane masih belum layak puasa. Takpe bagi je semangat.. nanti diorang jadi biasa.. tak larat jangan p4ksa yang penting ajar dan diorang pun ada usaha. Selamat mencuba ye!,” kata Ozlyn di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut mendapat 22.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat bersahur dan berkongsi pengalaman mengejutkan anak-anak untuk bersahur.

Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.

Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: instagram jozlynnhanania

Be the first to comment on "“Kali ke-2 panggil nama dah, kali ke-3 dah ada…,” – Ozlynn kongsi pengalaman & cab4ran kejut anak sahur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*