Dalam setahun, 2 hari saja ‘koyak’ – Sharnaaz Ahmad

Hampir tiga tahun menduda, pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui tidak terlepas daripada berasa sed1h setiap kali menjelangnya Ramadan.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu berkata tidak menafikan kehidupan sebagai lelaki bujang sangat tenang dan tidak memeningkan kepala namun tidak terlepas daripada beremosi saat menyambut kehadiran Ramadan dan Syawal yang pastinya lebih seronok jika dikelilingi keluarga tercinta.

“Orang tanya macam mana kehidupan solo? Jawapannya, sangat relaks dan tiada tekanan serta pening kepala.

“Tetapi esok (hari ini) akan ada sedikit ‘koyak’ (sedih) dan lagi sebulan selepas itu (hari raya). Dalam setahun, dua hari itu saja akan ‘koyak’,” katanya dalam satu entri Instagram semalam.

Sebagai info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun disahkan berc3rai pada 9 Julai 2020.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berumur empat tahun.

Sepanjang memegang gelaran duda, pelakon berusia 36 tahun itu tidak terlepas daripada digosipkan dengan selebriti wanita tanah air termasuk Azira Shafinaz. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Dalam setahun, 2 hari saja ‘koyak’ – Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*