“Yakin Kuasa Allah, Saya Banyak Belajar…,” – Percaya Akan Pvlih Macam Biasa, Imam Muda Asyraf Kagum Semangat Haeriyanto Hassan

Pend4kwah bebas dan pengacara, Imam Muda Asyraf menzahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelakon senior, Haeriyanto Hassan untuk terus melawan peny4kit yang sedang dilaluinya ketika ini.

Menurut Asyraf, Haeriyanto sememangnya berasa amat yakin bahawa dirinya bakal diberikan kesembuhan tidak lama lagi.

“Abang Haerieyanto punya semangat sangat luar biasa. Berkali-kali beliau ulang menyebut, yang beliau insyaAllah akan direzekikan kesembuhan oleh Allah.

“Semangat untuk berkhidmat. Semangat sebagai ketua keluarga. Berkat doa yang tak henti. Yakin dengan kuasa Allah. Itulah yang banyak saya belajar hari ini,” tulisnya di Instagram.

Pengacara program, Sembang Viral Mega ini berkata sedemikian sewaktu menziarahi Haeriyanto di rumahnya untuk menyampaikan bantuan yang telah disumbangkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Pada masa sama, Asyraf turut mended4hkan dirinya juga telah banyak mempelajari ilmu baharu sewaktu lawatan tersebut antara adalah untuk sentiasa percaya dengan kuasa Allah.

“Pelakon Haerieyanto Hassan baru-baru ini dikejarkan ke h0spital Ampang (HA), Selangor. Selepas mengalami str0k ringan yang meng4kibatkan anggota badan sebelah kiri kaku.

“Terima kasih team Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, PERKESO, Baitulmal-Maiwp, Persatuan SENIMAN, Asiafest dan semua penyumbang. Semoga Allah rahm4ti,” kongsinya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by IM Asyraf (@imammudaasyraf)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen nyata gembira melihat perkembangan terkini pelakon tersebut selain turut mendoakan semoga Haeriyanto akan kembali sembuh seperti sedia kala.

Sebelum ini, Haeriyanto telah menerima r4watan di h0spital Ampang selepas keadaan sarafnya menjadi lemah sehingga menyebabkan sebahagian daripada anggota badannya sukar untuk bergerak.

Haeriyanto kini telah pulang ke pangkuan keluarga dan akan berehat daripada aktiviti lakonan buat sementara waktu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Yakin Kuasa Allah, Saya Banyak Belajar…,” – Percaya Akan Pvlih Macam Biasa, Imam Muda Asyraf Kagum Semangat Haeriyanto Hassan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*