Apa jadi sebenarnya? Belum nikah tapi majlis tetap diteruskan… pengantin perempuan dapat tengok gambar je, tambah ris4u seminggu pelamin berhujan panas!

Pelamin siap dipasang untuk pengantin, tetapi di mana khemah untuk tetamu?

Menerusi satu video berdurasi 19 saat, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan segak dan anggun dalam persalinan songket.

Walaupun tiada tetamu jemputan, pasangan pengantin melakukan acara memotong kek. Apa sebenarnya berlaku?

Menceritakan situasi sebenar, pengantin perempuan, Nur Saidatul Akma Md Azran memberitahu, tarikh pernikahan yang sudah lama dirancang ditetapkan pada 13 Mac lalu.

Wanita berusia 24 tahun itu bagaimanapun berkata, majlis terp4ksa ditunda selepas dia disahkan positif C0vldl9 dua hari sebelum nikah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya seorang saja yang positif C0vldl9, tunang masa tu negatif. Jujurnya, saya macam tak boleh terima sebenarnya, macam tak percaya kena kat saya sendiri.

“Nikah terp4ksa ditunda dan saya perlu menjalani kuar4ntin di rumah mak di Kota Tinggi, Johor selama seminggu,” katanya kepada mStar.

belum nikah majlis on 2

Hantaran diletakkan bagi mengelakkan pelamin dibiarkan kosong tanpa pengantin.

Bagaimanapun, dia yang lebih mesra disapa Akma berkata, majlis persandingan yang dirancang selepas pernikahan terp4ksa diteruskan.

“Saya patut nikah pagi, sanding tengah hari. Tapi dah pasang pelamin, khemah dan siap katering dengan jemputan seramai 200 orang.

“Selepas berbincang bersama kedua-dua keluarga, majlis diteruskan walaupun kami belum nikah. Tak ada sanding, hanya tetamu datang makan,” ujarnya yang berasal dari Kota Tinggi.

belum nikah majlis on 3

Akma dan suami bernikah pada 20 Mac 2022.

Menurut anak keempat daripada enam beradik itu, pelamin pada majlis tersebut hanya digunakan untuk meletakkan hantaran daripada kedua-dua keluarga pengantin.

“Majlis buat di rumah ayah, kira-kira satu kilometer dari rumah mak. Saya yang sedang kuar4ntin ketika itu hanya tahu menerusi gambar-gambar dan video yang dikirimkan.

“Saya pula sedang kuar4ntin dengan b4tuk tak berhenti, dem4m, s4kit tekak dan selesema masa tu. Saya baring je atas katil, nak berdiri pun tak boleh, rasa macam nak melayang,” katanya sambil menambah ibu bapanya tinggal berasingan kerana telah berpisah.

belum nikah majlis on 5

Akma dan pasangan akhirnya bergelar suami isteri selepas pernikahan ditunda selama seminggu.

Akma berkata, tunangnya ketika itu tetap hadir bersama keluarga bagi memeriahkan majlis meskipun tanpa persandingan kedua-dua pengantin.

“Bukan pakai baju pengantin, tunang tetap hadir berbaju Melayu. Dia masih layan tetamu, termasuk menjawab soalan-soalan tentang di mana pengantin.

Walaupun bermacam-macam dugaan, tunang (kini suami) dan keluarga banyak memberi sokongan. Saya reda dan percaya setiap perkara berlaku ada hikmah di sebaliknya.

AKMA

“Ikutkan konsep bunga di pelamin adalah impian perkahwinan saya. Tapi mujur pihak yang menyediakan pelamin setuju untuk dikekalkan pelamin sehingga saya tamat kuar4ntin,” katanya yang tidak bercadang untuk mengadakan majlis persandingan buat masa ini.

Didvga dengan C0vldl9, Akma yang bekerja di sebuah kedai roti tetap bersyukur akhirnya bergelar isteri kepada jejaka pilihan berusia 32 tahun pada 20 Mac lalu.

belum nikah majlis on 4

Tiada persandingan, hanya acara memotong kek dilakukan.

“Lepas tamat kuar4ntin, kami terus bernikah. Lepas tu terus pakai baju pengantin dan buat sesi fotografi bersama keluarga terdekat di pelamin sebagai tanda kenangan.

“Ris4u juga sepanjang seminggu kuar4ntin tu, hujan dan panas berhari-hari. Mujur pelamin kering dan masih dalam keadaan baik selepas bernikah.

“Walaupun bermacam-macam dvgaan, tunang (kini suami) dan keluarga banyak memberi sokongan. Saya reda dan percaya setiap perkara berlaku ada hikmah di sebaliknya,” katanya yang mengimpikan untuk berbulan madu di Pulau Tioman.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Apa jadi sebenarnya? Belum nikah tapi majlis tetap diteruskan… pengantin perempuan dapat tengok gambar je, tambah ris4u seminggu pelamin berhujan panas!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*