Tak sangka populariti angsa jantan bawa rezeki, g4dis ID terharu ramai minat lilin wangi buatannya… Ang manja, tiap pagi kena dukung

Angsa turut dikenali sebagai ‘haiwan g4ngster’ dek kerana sifatnya yang suka mengejar dan menyer4ng manusia.

Malah, pasti ramai dalam kalangan kita yang ada pengalaman buruk dikejar haiwan itu, khususnya sewaktu zaman kanak-kanak.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan wanita ini yang cukup rapat dengan seekor angsa jantan yang diberi nama Ang.

Menurut Ismah Nasir, 25, dia tidak mempunyai sebarang petua, sebaliknya perlu memberanikan diri untuk berhadapan dengan haiwan itu.

“Angsa dalam video viral itu dibela ayah saya. Kakak yang belikan sepasang angsa putih jantan dan betina. Angsa jantan dah m4ti kena langgar, jadi tinggal yang betina saja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kemudian, kawan bagi seekor lagi angsa jantan sebagai ganti. Angsa jantan itu diberi nama Ang. Ramai yang pelik saya boleh baik dengan Ang. Saya tiada tip, cuma kena beranikan diri.

“Ang juga akan acah-acah macam nak serang, tapi saya kawal rasa t4kut. Bila ia nak kejar, kita pun buat benda sama. Jadi angsa tu akan mula slow down.

“Kalau angsa betina seekor lagi tu, ia memang tak rapat dengan saya. Angsa betina tak nak dengan perempuan,” ujarnya berseloroh.

Video yang tular menerusi TikTok.

Menurut Ismah yang menetap di Hulu Selangor, dia tidak menyangka video memaparkan dia memelvk dan mendukung Ang akan meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

Menurut pereka hiasan dalaman itu, menjadi rutin untuk dia membelai haiwan itu setiap pagi sebelum dia keluar bekerja.

Tak sangka lepas video angsa viral, ada orang yang menghubungi saya untuk beli lilin, sedangkan saya belum buat promosi betul-betul lagi.

ISMAH

“Setiap hari saya akan dukung Ang sebelum pergi kerja. Ang memang akan tunggu setiap pagi, ia akan duduk depan rumah. Sementara nak panaskan enjin kereta, saya akan main dengan Ang.

“Memang setiap pagi Ang akan tunggu berdekatan kereta saya. Bukan saja dengan saya, Ang juga baik dengan mak ayah dan semua orang,” ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.

Bercerita lanjut, Ismah yang menjalankan perniagaan lilin terharu apabila penangan video tular angsa berkenaan turut membuka pintu rezeki buatnya.

Jelas Ismah, dia yang baru dua bulan berniaga menerima beberapa pelanggan baru selepas video angsa berkenaan tular dan meraih lebih sejuta tontonan di Twitter.

“Saya dah nak masuk dua tahun bekerja sebagai pereka hiasan dalaman. Sejak awal tahun ini, saya buat bisnes kecil-kecilan jual lilin homemade.

ismah3

Ismah menjalankan perniagaan lilin.

“Tak sangka lepas video angsa viral, ada orang yang menghubungi saya untuk beli lilin, sedangkan saya belum buat promosi betul-betul lagi di media sosial. Alhamdulillah, rezeki bulan Mac dan rezeki angsa,” ujarnya tertawa.

Tambah Ismah, dia menawarkan enam seleksi lilin dalam dua saiz seperti haruman karamel yang diberi nama Sugar Daddy, haruman vanilla (Forever Love) dan bunga rampai pandan (Marry Me).

Biarpun sibuk dengan tugasan hakiki, Ismah komited untuk pergi jauh dalam bidang itu, sekaligus memperkenalkan lilin buatannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya belum terfikir nak ada ejen pengedar di seluruh Malaysia. Saya memang buat kecil-kecilan dengan tangan sendiri. Alhamdulillah, bukan saja dalam Selangor malah saya juga dapat tempahan pelanggan dari Kelantan, Pulau Pinang dan negeri lain.

“Cuma saya kena bahagikan masa. Waktu kerja bermula 9 pagi hingga 6 petang. Namun kerja sebagai pereka hiasan dalaman, masanya tak menentu, kadang sampai ke malam. Tapi saya tetap nak pastikan bisnes lilin berjalan,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tak sangka populariti angsa jantan bawa rezeki, g4dis ID terharu ramai minat lilin wangi buatannya… Ang manja, tiap pagi kena dukung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*