“Manja sangat tu…,”- [VIDEO] Lembu jadi sahabat karib warga emas

Setiap benda yang bernyawa pasti memerlukan kasih sayang seperti aksi manja seekor anak lembu yang tular di media sosial baru-baru ini yang turut menarik perhatian orang ramai.

Walaupun haiwan itu tidak berakal, namun ia tahu bagaimana cara untuk mendapatkan perhatian daripada pemiliknya.

Menerusi satu perkongsian video berdurasi 17 saat di Tiktok Sharmila Ismail itu memaparkan gelagat manja seekor lembu melagakan kepala dengan pemiliknya.

Video yang dikongsi oleh Sharmila Ismail itu disukai ramai kerana ia menunjukkan seekor haiwan manja yang mampu meluahkan rasanya terhadap tuannya.

Video:

@sharmilaismail3

♬ bunyi asal – Sharmila Ismail – Sharmila Ismail

Ia merupakan tanggungjawab yang besar untuk memelihara lembu. Kita melihat bagaimana lembu itu tidak boleh berpisah dengan tuannya dan mengikut tuannya ke mana-mana sehingga merangkul belakang badan untuk “memelvk” tuannya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan berkata aksi manja anak lembu berkenaan sungguh mencuit hati dan menghiburkan. 

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "“Manja sangat tu…,”- [VIDEO] Lembu jadi sahabat karib warga emas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*