“Combo terbaik ni,” – [VIDEO] Gelagat adik Haziq dan Lan Pet Pet buat ramai terhibur

Sebelum ini, celoteh adik Muhammad Haziq ketika membuat Facebook Live tentang penemuan seekor ular sawa di dalam longkang Pasar Bukit Selambau menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Bukan saja saiznya ‘amat-amat besar’, malah gambaran kanak-kanak berusia 12 tahun mengenai kulit reptilia yang ‘merelit’ itu buatkan penceritaannya sarat dengan elemen dramatik.

Siapa dapat menyangka, anak jati Kedah berusia 12 tahun ini terkenal sekelip mata gara-gara videonya petah bercakap? Sejak tular ‘laporan’ penemuan ular sawa tempoh hari, adik Haziq kini menjadi sensasi internet serta ‘artis popular’ di kampung halamannya.

Baru-baru ini, adik Haziq kembali mendapat perhatian umum apabila gelagatnya bersama dengan pelawak popular, Lan Pet Pet tular di media sosial. Difahamkan, gelagat mereka itu dirakam ketika sedang mempromosikan produk dari Pak Mat Western Cafe.

Melalui video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok pakmatwestern, kedua-dua individu ini berjaya membuatkan ramai terhibur dengan keriuhan mereka.

Video:

@pakmatwestern

Meriah betul dapur kalau dengan combo ni🤣 #fyp #foryoupage #pakmatwestern

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

“Meriah betul dapur kalau dengan combo ni,” kata akaun Tiktok pakmatwestern di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 233.6k tontonan, 25.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat mereka.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok pakmatwestern

Be the first to comment on "“Combo terbaik ni,” – [VIDEO] Gelagat adik Haziq dan Lan Pet Pet buat ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*