“Dapat Bibik Baru Senang, Belum Tentu Boleh Dapat Macam Kamu,” – Pembantu Rumah Balik Indonesia, Perkongsian Eina Azman Bikin Ramai Tersentuh

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, 27 akui berasa sedih apabila pembantu rumahnya, Megawati bakal menamatkan perkhidmatannya dan pulang ke kampung halaman di Acheh, Indonesia tidak lama lagi.

Menurut Eina, Megawati merupakan pembantu rumah yang telah berjasa buat keluarganya sepanjang lima tahun ini.

Katanya lagi, hatinya bertambah tersentuh apabila mereka meraikan hari lahir Megawati yang ke-25 tahun baru-baru ini.

“Selamat ulang tahun buat bibik yang paling saya sayang Megawati yang ke-25 tahun. Terima kasih atas segala apa yang kamu berikan untuk keluarga saya.

“Saya sedih sebab ni birthday mega yang terakhir sebelum Mega balik ke Acheh selepas lima tahun berkerja dengan saya,” kongsinya di Instagram.

Pelakon drama, The Hotel itu turut mended4hkan dirinya berkemungkinan bakal berdepan mas4lah untuk mencari pembantu rumah sebagus Megawati.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman)

“Mega ni apa yang dia tak boleh buat? Semua boleh. Nak dapat bibik baru memang senang tapi belum tentu boleh dapat macam kamu.

“Post ni special untuk kamu Megawati sebab saya sayang kamu. Sekian dari saya majikan mu yang suka bebel,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji layanan mesra Eina terhadap para pembantu rumahnya.

Sehingga kini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 1 juta jumlah tontonan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Dapat Bibik Baru Senang, Belum Tentu Boleh Dapat Macam Kamu,” – Pembantu Rumah Balik Indonesia, Perkongsian Eina Azman Bikin Ramai Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*