Viral Pengantin Bersanding Dengan Laptop, Pasangan Ini Terima Kejutan Disandingkan Semula Di Rewangrakyatrangers

Kisah seorang pengantin lelaki, Meor Izz Rasydan, 27 yang terpaksa bersanding bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin bagi menggantikan pengantin perempuan iaitu Fazliana Sjafni, 28, yang tidak dapat hadir akib4t dij4ngkiti wab4k Cov1d-19 menjadi tular di media sosial baru-baru ini telah mencvri perhatian ramai pihak termasuk Hot FM Rakyat Rangers.

Pada hari Ahad, 20 Mac 2022 yang lalu pihak Hot FM Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad telah berjaya merealisasikan persandingan semula pasangan Meor & Fazliana yang ditaja sepenuhnya oleh pelbagai pihak.

Majlis yang berlangsung selama 3 jam, dari 11 pagi sehingga 2 petang cukup meriah walaupun diadakan secara tertutup yang hanya melibatkan seramai hampir 150 orang iaitu daripada keluarga kedua belah pengantin, crew dan pihak Hot FM sahaja.

Majlis persandingan cukup istimewa kerana pengantin dan para jemputan dikejutkan dengan kehadiran dan persembahan istimewa juara Anugerah Juara Lagu ke-36 iaitu Shila Amzah. Pihak pengantin tidak diberitahu berkenaan persembahan Shila Amzah ini sehinggalah ketika persembahan itu diadakan.

Selain itu juga, mereka turut dihiburkan dengan persembahan akustik penyanyi terkenal Amir Jahari yang menyanyi 2 buah lagu buat pengantin dan para tetamu. Majlis persandingan ini juga turut diacarakan oleh penyampai Rakyat Rangers iaitu Fara Fauzana dan Fad sepanjang majlis itu berlangsung

Mengimbau kembali bagaimana #RewangRakyatRangers ini terjadi adalah apabila Hot FM Rakyat Rangers iaitu Fara Fauzana, AG & Fad berjaya menghubungi pasangan pengantin ini buat kali pertama pada 4 Mac lepas untuk bertanya khabar dan mengetahui kisah sebenar bagaimana majlis mereka itu boleh menjadi tukar ni di media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Dalam perbualan telefon berkenaan, Fara Fauzana, AG & Fad ada bertanyakan mengenai kelapangan tarikh kepada mereka berdua tanpa memberitahu tujuan sebenar kenapa mereka ini menanyakan tentang kelapangan tarikh tersebut.

Kisah mereka ini tidak berakhir disitu kerana pada 7 Mac, Hot FM Rakyat Rangers sekali lagi menghubungi pasangan pengantin berkenaan dan bertanya mengenai tarikh yang dipilih, iaitu pada 20 Mac 2022, Ahad. Tanpa mengetahui tujuan mengapa mereka ini bertanya mengenai tarikh berkenaan, pasangan pengantin dikejutkan oleh Fara Fauzana, AG & Fad untuk bersanding sekali lagi dengan kehadiran kedua-dua mempelai. Majlis persandingan mereka itu diatur sepenuhnya oleh Hot FM Rakyat Rangers dan telah pun berlangsung pada Ahad lepas.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: ohbulan, sinarviral

Be the first to comment on "Viral Pengantin Bersanding Dengan Laptop, Pasangan Ini Terima Kejutan Disandingkan Semula Di Rewangrakyatrangers"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*