Niat kongsi video masakan, tapi kesan hitam kuali ‘legend’ arw4h mak pula jadi bualan hangat… wanita ini pernah men4ngis di dapur pukul 4 pagi

Lain yang hendak ditunjuk, lain yang mendapat perhatian.

Begitulah yang dialami seorang wanita yang berkongsi video masakan lauk kegemaran suami di laman sosial, tetapi menerima komen mengenai keadaan kuali yang digunakannya.

“Kualinya kotor,” menurut satu komen netizen merujuk kepada kesan hitam pada kuali yang digunakannya untuk memasak udang sambal petai, ikan kembung goreng dan sambal belacan.

Wanita berkenaan, Nur Syahaina Jamaludin tampil menjelaskan bahawa kesan yang hitam bukan disebabkan kotor tetapi kuali lama berusia lebih sedekad.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, katanya, kuali tersebut merupakan milik arw4h ibunya yang men1ngg4l dvnia pada usia 47 tahun ak1bat k4nser p4ru-p4ru, kira-kira enam tahun lalu.

“Saya berkahwin pada 2 Julai 2021. Seminggu selepas itu saya minta izin kat ayah untuk ambil satu kuali dan satu sudip mak untuk bawa balik guna di rumah saya dan suami.

“Bagi saya, kuali dan sudip tu antara barang-barang kepunyaan mak yang mempunyai nilai sentimental sebab mak suka memasak semasa hayatnya,” katanya ketika dihubungi.

kuali arwah mak 5

Tangkap layar video Ainaa memasak.

Sebelum berkahwin, dia yang lebih dikenali sebagai Amany Ainaa mengambil alih tanggungjawab memasak untuk keluarga di rumah selepas pemergian ibunya.

“Dalam keluarga selain arw4h mak, saya pandai memasak sebab dulu belajar dengan arw4h. Saya rajin tulis resipi dalam buku nota.

“Saya pernah sambung belajar dan dapat Sijil Pemprosesan Makanan tapi saya ambil keputusan untuk berhenti sebab nak jaga ayah dan adik-adik,” katanya sambil menambah pengajiannya di sebuah kolej di Kedah itu hanya bertahan selama enam bulan.

kuali arwah mak 4

Kuali milik arw4h ibu Ainaa yang digunakan lebih sedekad.

Menurut anak keempat daripada enam beradik itu, antara masakan yang dipelajari daripada arw4h ibu adalah ayam masak cili api, kari ikan, sup ikan dan ikan masak kicap.

“Walaupun saya berhenti belajar, saya ada simpanan. Dari darjah empat ikut arw4h mak pergi cari upah kutip biji sawit. Saya juga buat kerja jadi cleaner di pejabat ladang kelapa sawit.

Kuali dan sudip tu antara barang-barang kepunyaan mak yang mempunyai nilai sentimental sebab mak suka memasak semasa hayatnya.

AINAA

“Saya juga belajar masak nasi ayam resipi arw4h mak. Alhamdulillah bila dijual ramai kata sedap. Nasi ayam juga jadi sumber rezeki,” ujarnya yang diibesarkan di Kampung Changkat Lada di Bandar Seberang, Perak.

Ainaa berkata, setiap kali menggunakan peralatan memasak milik arw4h ibu, dia pasti teringat insan yang mengandung selama sembilan bulan dan melahirkannya itu.

kuali arwah mak 3

Bapa Ainaa (kanan) dan arw4h ibu.

Dia yang kini meraih pendapatan dengan menjadi ‘streamer’ permainan video, membuat review di laman sosial dan terlibat dalam bisnes produk penjagaan kulit menyifatkan arw4h ibunya sebagai peramah dan pemurah.

“Setiap kali teringat masa guna kuali dan sudip arwah mak tu saya akan mendoakannya. Dan sekarang selepas kahwin, saya kongsi resipi dengan adik-beradik lain.

“Saya pernah men4ngis di dapur pvkul4 pagi nak masak untuk sahur sebab teringatkan kesusahan arw4h mak bangun seawal itu untuk kami sekeluarga makan pada bulan Ramadan.

“Mengenai kuali arw4h mak yang ada kesan hitam tu, bukan saya sengaja biarkan macam tu. Pernah gosok dan hilang kesan hitam.

“Tapi bila selalu guna, kesan hitam tu ada balik. Bagi saya, itu kuali ‘legend’, banyak berjasa,” katanya sambil menambah menu resipi arw4h ibu yang disukai suaminya adalah ayam masak merah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Niat kongsi video masakan, tapi kesan hitam kuali ‘legend’ arw4h mak pula jadi bualan hangat… wanita ini pernah men4ngis di dapur pukul 4 pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*