Tanda cinta pada Wawa Zainal, Aeril Zafrel hadiah wisma RM3.2 juta

Pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya juga pelakon Wawa Zainal wisma bernilai RM3.2 juta.

Bangunan tiga tingkat yang menelan kos pengubahsuaian RM2 juta itu adalah pusat bagi rangkaian perniagaan mereka Wawa Cosmetic selain menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok.

Wawa, 31, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, memiliki wisma sendiri adalah impian mereka sejak 2016 lagi.

“Sebenarnya kami sudah memasang impian ini dari dulu. Tidak menjangka kami akhirnya dapat buat, walaupun sebenarnya banyak dvgaan dan rintangan dari awal mulakan perniagaan.

“Kami pernah diketawakan, dih1na malah ada beranggapan kami akan berc3rai. Sebab pada awal ambil keputusan untuk kahwin, orang ramai cakap kami akan hidup susah.

“Alhamdulillah, akhirnya kami dapat buktikan kami juga boleh berjaya. Kata-kata itu membuatkan kami kuat hingga sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Terdahulu, Wawa dan Aeril ditemui pada Perasmian Wawa Cosmetic HQ dan Pelancaran Wawa Fantacy Dream Night, di Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.

Menurut Wawa, dia bangga dengan kejayaan dikecapi selain masih tidak percaya sudah memiliki wisma perniagaan sendiri.

“Saya sebenarnya sangat bangga dengan kejayaan hari ini. Macam tak percaya pun ada kami sudah ada wisma.

“Proses pengubahsuaian menelan kos RM2 juta. Ia dimulakan sejak Jun tahun lalu lagi. Ambil masa lama juga untuk siap sepenuhnya. Ia direka oleh Aki Designer berkonsepkan ‘French Industrial’. Saya yang nak konsep ini.

“Memang gembira apabila sudah ada wisma. Sudah boleh jemput r’eseller’ untuk datang mesyuarat di pejabat. Sebelum ini tak ada tempat. Sekarang apabila sudah ada tempat cantik, boleh bergambar dan lain-lain,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Metro

Be the first to comment on "Tanda cinta pada Wawa Zainal, Aeril Zafrel hadiah wisma RM3.2 juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*