“Susahnya nak dapat awak ni…” – Ramai doakan terbaik buat Siti Elizad

Kelahiran cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Soal jantina bukan satu mas4lah. Tidak kiralah perempuan atau lelaki, asalkan semuanya sihat belaka.

Namun, tak semua pasangan diberikan rezeki untuk hamil sejurus selepas kahwin, ada pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai alternatif sebagai solusi.

Turut menerima ujian yang sama, pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang kembali menjalani proses r4watan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

Elizad, 38, berkongsi berita tersebut melalui satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Susahnya nak dapat awak ni (emoji bayi)… Tempat yang sama, harapan yang sama.

“Insya-ALLAH soon, journey kedua. Sedang memilih bulan yang sesuai dan tak sibuk. Check dinding r4him dulu pagi ni” tulisnya di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)

Rakaman berdurasi 49 saat itu memaparkan penyampai radio Sinar FM itu melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain mendengar perbincangan doktor demi memastikan r4watan berkenaan berjaya dengan izin-NYA.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warga maya menitipkan doa buat Elizad agar proses IVF berjalan dengan lancar dan dikurniakan cahaya mata.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarplus

Be the first to comment on "“Susahnya nak dapat awak ni…” – Ramai doakan terbaik buat Siti Elizad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*