Pelajar SPM Ziarah ‘Rumah Baru’ Cikgu Kesayangan Lepas Habis Paper Buat Netizen Seb4k

Jasa bakti dan pengorbanan guru dalam usaha memperkasa pendidikan dan mendidik para pelajar untuk membangun anak bangsa, sebagai generasi yang kelak akan menjadi peneraju serta pemimpin negara masa hadapan, sentiasa dihargai.

Meskipun guru yang mengajar kita telahpun men1nggal dun1a, namun setiap nasihat dan tunjuk ajar mereka yang tidak pernah jemu tetap kita kenang.

Berikutan kisah yang sama boleh dikaitkan dengan sebuah video perkongsian tular dimana sekumpulan pelajar SPM yang telah menamatkan peperiksaan, melawat ‘rumah baru’ guru kesayangan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @azeemiskndr, kelihatan mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah tanah perkubvran.

Walaupun sudah terpisah oleh aj4l, namun kasih sayang mereka masih lagi utuh sehingga mereka sanggup pergi ke pusara gurunya itu setelah habis menjawab peperiksaan.

Dapat juga kita lihat mereka sedang menghadiahkan bacaan doa buat gurunya itu.

Susulan dari itu, terdapat penjelasan yang tertulis di ruangan komen oleh seorang anak murid guru tersebut sebab mengapa mereka terlampau sayang akan arw4h guru yang dikenali sebagai Cikgu Normala.

“Kami sayang sangat cikgu tu banyak bagi semangat dekat budak kelas belakang macam kami ni, banyak bagi tips macammana nak berjaya, banyak nasihat dia bagi” – komen salah seorang anak murid Cikgu Normala.

Video:

@azeemiskndr

tiada cg tiada ilmu 🥰 semoga tenang di sana cikgu❤️🤲 al-fatihah 🥰 #fyp

♬ original sound – zeemmmm⚽ – zeemmmm⚽

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 811.3K tontonan, 128.6K tanda suka, 2655 komen dan 1205 perkongsian di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengkui turut berasa sebak dan dalam masa yang sama memuji tindakan sekumpulan pelajar ini.

Bukan itu sahaja, para netizen juga turut menitipkan doa agar r0h arw4h Cikgu Normala dicucvri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: yoy via sinarviral

Be the first to comment on "Pelajar SPM Ziarah ‘Rumah Baru’ Cikgu Kesayangan Lepas Habis Paper Buat Netizen Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*