[VIDEO] Warganet tersentuh momen pensyarah peluk anak terima ijazah atas pentas konvo

Menggenggam segulung ijazah antara kejayaan yang paling bermakna untuk bagi mereka yang mampu melangkah kaki ke menara gading.

Hari penerimaan ijazah atau kkonvokesyen adalah hari yang paling bermakna bagi insan bergelar mahasiswa. Masakan tidak, setelah bertungkus lumus mengikuti kelas, menempuhi semester-semester menc4bar dan bersengkang mata menghabiskan pengajian,

Saat-saat bahagia itu lebih menggembirakan sekiranya ibu dan bapa turut sama hadir. Namun g4dis ini menarik perhatian warga maya apabila berpeluang memeluk bapanya di atas pentas konvoksyen.

Pengguna Twitter dikenali sebagai Safija berkongsi momen bermakna ketika dia menghadiri istiadat itu baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan, Safija dilihat sempat memelvk bapa tersayang sejurus menerima skrol ijazah Kelas Pertama di atas pentas konvokesyen memandangkan bapanya adalah pensyarah di universiti yang sama.

Video:

Dalam ciapannya, graduan jurusan Sains Politik itu turut menceritakan kisah yang dilalui bapanya sebelum muncul sebagai ahli akademik.

Kata Safija, bapanya, Dr Spahic Omer tiba di Malaysia 30 tahun lalu datang sebagai pelarian perang Bosnia.

Dengan usaha gigih, Dr Spahic kini bergelar seorang pensyarah dan profesor.

Kata Safija, dia dan bapanya sangat akrab. Kedua-duanya adalah rakan baik yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan sokongan dalam pembelajaran. Malah jasa lelaki itu tidak mampu dibalas.

Perkongsian yang cukup bermakna itu meraih perhatian warga mata. Ramai mengakui tersentuh dengan video yang dimuat naik.

Tambahan pula apabila mengetahui perjuangan bapanya yang kini merupakan seorang pensyarah yang disegani dan mampu melihat anak bersama-sama di atas pentas konvokesyen.

Profesor adalah pangkat tertinggi dalam hirarki akademik di sebuah universiti. Gelaran diberikan kepada individu yang memberi sumbangan penting mereka untuk penyelidikan dan pengajaran disiplin tertentu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarplus

Be the first to comment on "[VIDEO] Warganet tersentuh momen pensyarah peluk anak terima ijazah atas pentas konvo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*